Ahad, 16 Ogos 2015

PAS KAWASAN TELUK INTAN ISTIQAMAH TERUSKAN PROGRAM KEBAJIKAN



TELUK INTAN, 15 Ogos - PAS Kawasan Teluk Intan akan terus istiqamah meneruskan program kebajikan dan kemsyarakatan sebagai salah satu cara mendekati rakyat yang semakin dihimpit kesempitan hidup. Demikian dinyatakan oleh pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Lutfi Samsudin.

Baru-baru ini, Lajnah Kebajikan kawasan telah mengadakan siri ziarah kebajikan di sekitar Batak Rabit. Menurut Ustaz Lutfi, antara rumah yang diziarahi ialah ibu tunggal, anak yatim dan orang miskin.
Ustaz Lutfi menyampaikan sumbangan kepada seorang veteran PAS.
"Selain daripada itu, pihak kami juga menziarahi veteran-veteran parti sebagai tanda penghargaan parti terhadap golongan tersebut yang telah lebih dahulu berjuang di dalam parti. Ada di antara mereka terdiri daripada pimpinan peringkat cawangan," jelas beliau lagi.
Wakil Muslimat Kawasan menziarahi seorang ibu tunggal.

Ziarah veteran PAS, Hj. Mat Nor Kasmuri di Batak Rabit.
Turut serta di dalam siri ziarah kebajikan itu ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Rahmat Maliki, Ketua Dewan Pemuda Kawasan, Ustaz Mohamad Rijal Abu Bakar, pimpinan pemuda dan muslimat kawasan serta cawangan Batak Rabit.

Dalam ziarah tersebut, sumbangan berupa hamper barangan dan wang tunai telah disampaikan dengan harapan dapat mengurangkan beban rakyat.

intanhijau.blogspot.com

Isnin, 3 Ogos 2015

PEMUDA PAS TELUK INTAN GERAKKAN KEMPEN 'BELI, BACA DAN BERI HARAKAH'


Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan komited untuk menggerakkan kempen "Beli, Baca & Beri (3B) Harakah" hingga ke akar umbi sebagai usaha merealisasikan hasrat 'satu rumah satu harakah'. Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangannya, Sdr. Nur Hafizul Badrul Hisham semasa pelancaran kempen tersebut sempena Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Teluk Intan di Kompleks PAS Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Gimik pelancaran telah dilakukan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Abdul Khalil Abdul Hadi. Turut serta ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik dan Ketua Dewan Pemuda PAS Teluk Intan, Ustaz Rijal Abu Bakar.
Sdr. Nur Hafizul.

Menurut Nur Hafizul, dalam menghadapi cabaran maklumat tanpa sempadan, DPPKTI berpandangan usaha ini adalah sesuatu yang perlu kerana harakah merupakan sumber rasmi parti dan masyarakat khususnya ahli PAS perlu menjadikan akhbar rasmi ini sebagai rujukan utama dalam mendapatkan informasi yang sahih dan tepat daripada pimpinan dalam apa jua isu dan perkembangan semasa politik di Malaysia. 

"Hal ini penting agar masyarakat khususnya ahli tidak terkeliru dengan maklumat separuh masak serta fitnah-fitnah jahat yang dilemparkan pihak lawan mahupun yang berlegar di alam maya, " kata beliau yang juga merupakan exco Dewan Pemuda PAS negeri Perak.

Justeru, DPPKTI melalui Lajnah Penerangan & Media Baru sebagai tanda komitmen dan mujahadah dalam menjayakan kempen ini akan berusaha untuk melaksanakan perkara-perkara berikut di peringkat kawasan Teluk Intan iaitu;

i) Akan mempergiatkan promosi "Satu Rumah Satu Harakah" serta kad langganan harakah iaitu kad 'Harakah Istiqamah', kad 'Harakah Platinum' dan kad 'Harakah Gold' kepada ahli PAS melalui pelbagai saluran yang ada.

ii) Akan mengusahakan agar akhbar Harakah lebih mudah diperolehi dengan mengenalpasti lokasi-lokasi baru berpotensi untuk jualan harakah.

iii) Menyediakan pasukan anak muda yang bersedia menerima akhbar Harakah dari ahli-ahli PAS untuk diberi dan disebar kepada individu-individu lain atau diletakkan di lokasi-lokasi tertentu yang strategik.

Untuk akhirnya, DPPKTI mengharapkan usaha kecil ini akan membuahkan hasil dalam usaha melahirkan ahli yang celik maklumat dan seterusnya menjadi agen penerangan kepada masyarakat sekaligus menjayakan agenda besar memenangi PRU ke 14 serta menawan kembali kerusi N56 Changkat Jong dalam pilihanraya akan datang. 

intanhijau.blogspot.com

RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI PAS KAWASAN TELUK INTAN MERIAH



TELUK INTAN, 2 Ogos - Sempena bulan Syawal, PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri. Berbeza seperti tahun-tahun lepas, majlis kali ini agak berbeza dan isitimewa kerana tahun ini majlis rumah terbuka telah diadakan di Dewan Kompleks PAS Teluk Intan atau lebih dikenali sebagai KOMPASTI.

Di dalam ucapan aluan, Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik mengucapkan rasa syukur kerana akhirnya PAS kawasan telah berjaya membina sebuah dewan besar walaupun masih belum sepenuhnya untuk menjadi sebuah kompleks.

Ustaz Ismail menyampaikan ucapan.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh cawang dan PAS di Teluk Intan yang telah bekerjasama menjayakan program tersebut terutamanya dari segi penajaan juadah raya persiapan tempat. 

Antara menu istimewa jamuan raya ialah nasi gulai kawah kerbau, lemang, nasi impit, capati dan aiskrim di mana hampir kesemuanya ditaja oleh cawangan-cawangan. Selain itu, duit raya juga turut diberi kepada kanak-kanak yang hadir bersama para ibu bapa.

Dianggarkan 1500 orang telah hadir ke majlis rumah terbuka tersebut yang datang dari seluruh Teluk Intan yang terdiri daripada pemimpin masyarakat, jawatankuasa masjid dan sebagainya.
Ustaz Ismail memberi duit raya kepada kanak-kanak.
Ketua Muslimat, Pn. Robiatun menyambut tetamu muslimat.
Majlis rumah terbuka juga menerima kehadiran para penghuni Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Selabak Luar yang terdiri daripada penghuni orang kelainan upaya (OKU) serta anakanak yatim dan terbiar. Selain itu, para pelajar Maahad Tahfiz al Furqan, Kg. Bahagia turut hadir menikmati juadah yang enak itu.
Sebahagian penghuni rumah OKU sedang menikmati makanan.
Pelajar Maahad Tahfiz al Furqan turut hadir.
Majlis rumah terbuka juga menerima kunjungan tetamu istimewa iaitu Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Abdul Khalil Abdul Hadi. Beliau sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir.
Ustaz Abdul Khalil bersama pimpinan pemuda kawasan.
Kempen Beli, Baca dan Beri Harakah dilancarkan.
Akhir sekali, Ustaz Khalil telah melancarkan gimik Kempen 3B iaitu Beli, Baca dan Beri Harakah yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan.
Sdr. Hafizul, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan.
Menurut Ketua Penerangan Pemudanya, Sdr. Nurhafizul Badrul Hisham, dewan pemuda kawasan berhasrat melancarkan 3B Harakah hingga ke akar umbi sebagai usaha merealisasikan hasrat 'satu rumah satu Harakah'.

"Ini adalah sesuatu yang perlu kerana Harakah merupakan sumber rasmi parti dan masyarakat di mana ahli PAS perlu menjadikan akhbar rasmi ini sebagai rujukan utama dalam mendapatkan informasi sahih dan tepat daripada pimpinan dalam apa jua isu di Malaysia," tegas beliau.

Majlis rumah terbuka yang bermula seawal jam 11.00 pagi selesai pada pukul 3.00 dengan jayanya.

intanhijau.blogspot.com

SUKAN PASTI KAWASAN TELUK INTAN 2017 MERIAH

TELUK INTAN , 17 September - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Sukan PASTI peringkat Kawasan Teluk Inta...