TELUK INTAN, 15 Ogos - PAS Kawasan Teluk Intan akan terus istiqamah meneruskan program kebajikan dan kemsyarakatan sebagai salah satu cara mendekati rakyat yang semakin dihimpit kesempitan hidup. Demikian dinyatakan oleh pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Lutfi Samsudin.
Baru-baru ini, Lajnah Kebajikan kawasan telah mengadakan siri ziarah kebajikan di sekitar Batak Rabit. Menurut Ustaz Lutfi, antara rumah yang diziarahi ialah ibu tunggal, anak yatim dan orang miskin.
![]() |
Ustaz Lutfi menyampaikan sumbangan kepada seorang veteran PAS. |
"Selain daripada itu, pihak kami juga menziarahi veteran-veteran parti sebagai tanda penghargaan parti terhadap golongan tersebut yang telah lebih dahulu berjuang di dalam parti. Ada di antara mereka terdiri daripada pimpinan peringkat cawangan," jelas beliau lagi.
![]() |
Wakil Muslimat Kawasan menziarahi seorang ibu tunggal. |
![]() |
Ziarah veteran PAS, Hj. Mat Nor Kasmuri di Batak Rabit. |
Turut serta di dalam siri ziarah kebajikan itu ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Rahmat Maliki, Ketua Dewan Pemuda Kawasan, Ustaz Mohamad Rijal Abu Bakar, pimpinan pemuda dan muslimat kawasan serta cawangan Batak Rabit.
Dalam ziarah tersebut, sumbangan berupa hamper barangan dan wang tunai telah disampaikan dengan harapan dapat mengurangkan beban rakyat.
intanhijau.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan