Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan komited untuk menggerakkan kempen
"Beli, Baca & Beri (3B) Harakah" hingga ke akar umbi sebagai usaha
merealisasikan hasrat 'satu rumah satu harakah'. Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangannya, Sdr. Nur Hafizul Badrul Hisham semasa pelancaran kempen tersebut sempena Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Teluk Intan di Kompleks PAS Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.
Gimik pelancaran telah dilakukan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Abdul Khalil Abdul Hadi. Turut serta ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik dan Ketua Dewan Pemuda PAS Teluk Intan, Ustaz Rijal Abu Bakar.
Sdr. Nur Hafizul. |
Menurut Nur Hafizul, dalam menghadapi cabaran maklumat tanpa sempadan, DPPKTI berpandangan usaha ini adalah sesuatu yang perlu kerana harakah merupakan sumber rasmi parti dan masyarakat khususnya ahli PAS perlu menjadikan akhbar rasmi ini sebagai rujukan utama dalam mendapatkan informasi yang sahih dan tepat daripada pimpinan dalam apa jua isu dan perkembangan semasa politik di Malaysia.
"Hal ini penting agar masyarakat khususnya ahli tidak terkeliru dengan
maklumat separuh masak serta fitnah-fitnah jahat yang dilemparkan pihak
lawan mahupun yang berlegar di alam maya, " kata beliau yang juga merupakan exco Dewan Pemuda PAS negeri Perak.
Justeru, DPPKTI melalui Lajnah Penerangan & Media Baru sebagai tanda komitmen dan mujahadah dalam menjayakan kempen ini akan berusaha untuk melaksanakan perkara-perkara berikut di peringkat kawasan Teluk Intan iaitu;
i) Akan mempergiatkan promosi "Satu Rumah Satu Harakah" serta kad langganan harakah iaitu kad 'Harakah Istiqamah', kad 'Harakah Platinum' dan kad 'Harakah Gold' kepada ahli PAS melalui pelbagai saluran yang ada.
ii) Akan mengusahakan agar akhbar Harakah lebih mudah diperolehi dengan mengenalpasti lokasi-lokasi baru berpotensi untuk jualan harakah.
iii) Menyediakan pasukan anak muda yang bersedia menerima akhbar Harakah dari ahli-ahli PAS untuk diberi dan disebar kepada individu-individu lain atau diletakkan di lokasi-lokasi tertentu yang strategik.
Untuk akhirnya, DPPKTI mengharapkan usaha kecil ini akan membuahkan hasil dalam usaha melahirkan ahli yang celik maklumat dan seterusnya menjadi agen penerangan kepada masyarakat sekaligus menjayakan agenda besar memenangi PRU ke 14 serta menawan kembali kerusi N56 Changkat Jong dalam pilihanraya akan datang.

intanhijau.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan