TELUK INTAN, 30 September - PAS Kawasan Teluk Intan terus mengorak langkah gerak kerja dengan mengadakan Fiesta Kemerdekaan bersempena negara menyambut kemerdekaan ke-58. Pelbagai aktviti telah diadakan di sepanjang minggu Fiesta Kemerdekaan tersebut.
Program tersebut merupakan kerjasama antara PAS Kawasan Teluk Intan bersama-sama Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan dan Dewan Muslimat PAS kawasan Teluk Intan. Menurut pengarahnya, Sdr. Mohamad bin Hamzah, kolaborasi ketiga-tiga pihak tersebut telah menghasil pelbagai aktiviti yang merangkumi pelbagai golongan seperti kanak-kanak, remaja, dewasa, tua, lelaki dan wanita.
Wacana Merdeka bersama YB Nik Abduh Nik Aziz. |
![]() |
Bengkel Photoshop sempena Merdeka menarik minta remaja. |
![]() |
Pertandingan Mewarna PASTI sempena Merdeka. |
Menurut beliau, aktviti-aktiviti yang telah dirancang berbentuk bengkel, pertandingan dan sebagainya yang diadakan di sepanjang minggu tersebut. Antara acara menarik ialah Bengkel Photoshop, Wacana Kemerdekaan, Pertandingan Mewarna murid-murid PASTI, Pertandingan Mencipta Poster Selamatkan Malaysia, Pertandingan Menghias Kek, Pertandingan Gubahan, Pertandingan Mencipta Sajak bagi pelajar sekolah rendah, Pertandingan Mencipta Sajak bagi pelajar sekolah menengah.
![]() |
Pertandingan Menghias Kek Merdeka anjuran Dewan Muslimat. |
![]() |
Pertandingan Gubahan Bunga Merdeka. |
Kayuhan Sihat Merdeka turut menjadi tumpuan. |
"Satu lagi acara istimewa yang julung kali dianjurkan ialah Kayuhan Sihat Merdeka telah menarik seramai 80 orang peserta di sekitar Teluk Intan. Kayuhan tersebut bermula dari Kg. Bahagia, Kg. Padang Tembak, Jalan Sultan Abdullah, Jalan Laksamana dan tamat di Kg. Bahagia semula yang merangkumi jarak kayuhan sejauh 16.5 km," tambah beliau lagi yang juga merupakan Timbalan Ketua Penerangan Kawasan.
Pada 30 Ogos, telah diadakan Malam Kemuncak Fiesta Kemerdekaan yang diadakan di Kedai Azam Brothers di bandar Teluk Intan. Antara acaranya ialah persembahan murid-murid PASTI, penyampaian hadiah, pembacaan pantun dan sajak serta persembahan live band olah Band 2BS.
Kehadiran orang ramai ke Majlis Malam Kemuncak begitu menggalakkan. Ramai yang datang bersama keluarga yang telah menjadi alternatif kepada sambutan merdeka yang dianjurkan oleh pihak berkuasa.
Malam kemuncak diakhiri dengan ekspedisi dakwah di mana risalah berunsur nasihat agama telah diedarkan kepada pengunjung di Dataran Menara Jam Condong.
intanhijau.blogpsot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan