TELUK INTAN, 20 September - Islam menganjurkan umatnya saling membantu dan bahu-membahu antara satu sama lain. PAS Kawasan Teluk Intan terus istiqamah melaksanakan program kebajikan terutamanya dalam membantu masyarakat yang ditimpa musibah.
Baru-baru ini, sebahagian besar Teluk Intan telah dilanda hujan lebat serta ribut yang menyebabkan beberapa buah rumah telah mengakami kerosakan. Antara yang terlibat ialah rumah Setiausaha PAS Cawangan Kg. Bahagia, Sdr. Zaidi Basiran dan rumah Ketua Jawatankuasa Muslimat Cawangan Kg. Bahagia, Puan Siti Fatimah. Antara kerosakan yang dialami ialah bahagian bumbung yang telah diterbangkan angin kencang.
![]() |
Ustaz Lutfi bersama pimpinan Pemuda kawasan menziarahi, mangsa ribut Sdr. Zaidi. |
![]() |
Keadaan bumbung rumah selepas ribut. |
![]() |
Sdr. Aamir mewakili PAS kawasan menyampaikan sumbangan kepada Pn. Siti Fatimah. |
![]() |
Sdr. Zaidi menerima sumbangan PAS Teluk Intan daripada wakil kawasan, Sdr. Shamsudin Mahmud. |
![]() |
Anggota Amal sedang memasang atap. |
Di samping itu, Dewan Pemuda PAS Teluk Intan bersama Unit Amal Teluk Intan telah melakukan kerja amal membaiki sebuah rumah seorang mangsa ribut di Batak Rabit. Seramai sepuluh orang anggota Unit Amal dengan dibantu beberapa orang ahli cawangan telah bergotong-royong memasang atap rumah tersebut. Menurut Ketua Pemudanya, Ustaz Rijal Abu Bakar, usaha tersebut merupakan inisiatif Unit Amal kawasan dan PAS Cawangan Batak Rabit. Kerja-kerja membabitkan pemasangan atap baharu.
"Kita akan istiqamah dan prihatin akan permasalahan rakyat dan sentiasa berusaha membantu sekadar yang mampu bagi meringankan beban rakyat yang ditimpa musibah," tambah beliau.
intanhijau.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan