TELUK INTAN, 14 Oktober - Berbeza di tempat lain, PAS Cawangan Kg. Bahagia telah menganjurkan Program Derma Darah sebagai aktviti sambutan sempena sambutan Awal Muharram 1437H. Program telah diadakan di Markaz PAS Cawangan Kg. Bahagia dekat sini.
Menurut Pengarah Program Sdr. Shamsudin Mahmud berkata antara objektif aktiviti tersebut ialah mengeratkan hubungan antara PAS dengan masyarakat khususnya di sekitar Kg. Bahagia.
"Selain itu, kuliah dhuha telah diadakan sebelum program derma darah. Kuliah dhuha telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Salak, Ustaz Mustafa Shaari yang bertajuk 'Peringatan Rasulullah Tentang Akhir Zaman'," tambah beliau lagi yang juga merupakan Ketua PAS Cawangan Kg. Bahagia.
![]() |
Sebahagian yang hadir mendengar kuliah dhuha. |
"Seramai 20 orang peserta telah hadir menderma darah yang telah dikendalikan oleh pihak Hospital Teluk Intan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital atas khidmat yang diberikan sehingga program ini dilaksanakan dengan jayanya," tambah beliau.
Sebahagian daripada tenaga penggerak program derma darah bersama pimpinan kawasan dan pemuda. |
intanhijau.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan