Selasa, 27 Oktober 2015

SELAGI DASAR PAS IALAH ISLAM, USAH RAGU-RAGU BERJUANG



TELUK INTAN, 26 Okt - Usah ragu- ragu dengan perjuangan PAS selagi dasar PAS ialah Islam. Demikian telah dinyatakan oleh Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Hakim semasa menyampaikan ceramah Kuliah Politik yang telah diadakan di Dewan Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI) Kg. Padang Tembak dekat sini.
Naib Yang Dipertua kawasan, Hj. Mohd. Azhar turut menyampaikan ceramah.
Sebahagian yang hadir ke Kuliah Politik.
Menurut beliau, dasar Islam yang telah termaktub di dalam Perlembagaan PAS Fasal 3 itu membuktikan dengan jelas bahawa PAS memperjuangkan Islam berbeza dengan mana-mana parti politik dalam negara ini.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Malaysia turut menyatakan PAS telah cuba sedaya upaya memperjuangkan Islam sebagaimana perjuangan Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, para ahli dan penyokong perlu yakin dan istiqamah dalam perjuangan yang suci ini.

Di samping itu, Ustaz Syarhan juga banyak menyentuh perkembangan semasa di negeri Selangor.

Sebelum itu, ceramah turut disampaikan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Hj. Mohd. Azhar Rafiei. Beliau banyak menyentuh tentang betapa perlunya rakyat celik politik Islam yang dapat membuka minda serta membuat pertimbangan antara yang haq dan batil. Contohnya, isu 1MDB yang merupakan isu besar negara sepatutnya bukan sahaja dilihat dari sudut pembaziran semata-mata tetapi juga kepada sikap amanah dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat.

Selain itu, Bajet 2016 yang telah dibentangkan oleh PM sepatutnya dirasai oleh semua rakyat bukan hanya memberi manfaat kepada segelintir kumpulan tertentu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUKAN PASTI KAWASAN TELUK INTAN 2017 MERIAH

TELUK INTAN , 17 September - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Sukan PASTI peringkat Kawasan Teluk Inta...