Selasa, 22 September 2015

PAS TELUK INTAN BANTU MANGSA RIBUT



TELUK INTAN, 20 September - Islam menganjurkan umatnya saling membantu dan bahu-membahu antara satu sama lain. PAS Kawasan Teluk Intan terus istiqamah melaksanakan program kebajikan terutamanya dalam membantu masyarakat yang ditimpa musibah. 

Baru-baru ini, sebahagian besar Teluk Intan telah dilanda hujan lebat serta ribut yang menyebabkan beberapa buah rumah telah mengakami kerosakan. Antara yang terlibat ialah rumah Setiausaha PAS Cawangan Kg. Bahagia, Sdr. Zaidi Basiran dan rumah Ketua Jawatankuasa Muslimat Cawangan Kg. Bahagia, Puan Siti Fatimah. Antara kerosakan yang dialami ialah bahagian bumbung yang telah diterbangkan angin kencang.
Ustaz Lutfi bersama pimpinan Pemuda kawasan menziarahi, mangsa ribut Sdr. Zaidi.
Keadaan bumbung rumah selepas ribut.

Sdr. Aamir mewakili PAS kawasan menyampaikan sumbangan kepada Pn. Siti Fatimah.

Sdr. Zaidi menerima sumbangan PAS Teluk Intan daripada wakil kawasan, Sdr. Shamsudin Mahmud.
Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan telah menziarahi kedua-dua pimpinan cawangan tersebut serta meninjau keadaan rumah yang rosak akibat ribut. Selain itu, sumbangan turut disampaikan bagi mengurangkan bebanan dan tanda simpati. Rombongan diketuai Pengerusi Lujnah Kebajikan Ustaz Lutfi Shamsudin dan ahli jawatankuasa PAS kawasan, Sdr. Shamsudin Mahmud dan Sdr. Aamir.
Anggota Amal sedang memasang atap.

Di samping itu, Dewan Pemuda PAS Teluk Intan bersama Unit Amal Teluk Intan telah melakukan kerja amal membaiki sebuah rumah seorang mangsa ribut di Batak Rabit. Seramai sepuluh orang anggota Unit Amal dengan dibantu beberapa orang ahli cawangan telah bergotong-royong memasang atap rumah tersebut. Menurut Ketua Pemudanya, Ustaz Rijal Abu Bakar, usaha tersebut merupakan inisiatif  Unit Amal kawasan dan PAS Cawangan Batak Rabit. Kerja-kerja membabitkan pemasangan atap baharu.

"Kita akan istiqamah dan prihatin akan permasalahan rakyat dan sentiasa berusaha membantu sekadar yang mampu bagi meringankan beban rakyat yang ditimpa musibah," tambah beliau.

intanhijau.blogspot.com

Ahad, 13 September 2015

SUKAN PASTI TELUK INTAN MERIAH



Berita : Rahmat Maliki
Foto : Ainasha
TELUK INTAN, 13 September - Temasya Sukan PASTI Kawasan Teluk Intan bagi tahun 2015 telah berlangung dengan gilang-gemilang. Temasya sukan tersebut telah diadakan di Padang Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dekat sini.

Sebanyak lima pasukan rumah sukan mewakili tujuh cawangan PASTI di kawasan Teluk Intan bagi temasya kali ini. Rumah-rumah sukan tersebut ialah Rumah Hijau (PASTI Ibnu Rusyd dan PASTI Nurul Iman), Rumah Jingga (PASTI Ibnu Khaldun), Rumah Kuning (PASTI Ibnu Sina 1), Rumah Merah (PASTI Ibnu Sina 2) dan Rumah Ungu (PASTI Al Khairiah, PASTI Al Hidayah dan PASTI Al Falah).

Acara perbarisan lintas hormat pasukan rumah sukan.
Sukan PASTI dimulakan dengan acara perbarisan lintas hormat rumah-rumah sukan di hadapan tetamu kehormat yang terdiri daripada pimpinan PAS Kawasan Teluk, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat kawasan. Kemudian, perasmian Sukan PASTI Teluk Intan telah dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Hj. Mohd. Azhar Rafiei.


Beberapa acara menarik telah dipertandingkan seperti tarik bola dengan gelung, lari berganti-ganti, bola gergasi, aiskrim dan sebagainya. Selain itu, acara untuk remaja dan ibu bapa turut disediakan.






 

Beberapa acara menarik di Sukan PASTI.


Rumah Ungu telah diisytiharkan sebagai juara keseluruhan Sukan PASTI 2015. Piala telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik.





intanhijai.blogspot.com

Selasa, 1 September 2015

PAS TELUK INTAN ANJUR FIESTA KEMERDEKAAN 2015


TELUK INTAN, 30 September - PAS Kawasan Teluk Intan terus mengorak langkah gerak kerja dengan mengadakan Fiesta Kemerdekaan bersempena negara menyambut kemerdekaan ke-58. Pelbagai aktviti telah diadakan di sepanjang minggu Fiesta Kemerdekaan tersebut.
Pengarah Fiesta Kemerdekaan, Sdr. Mohamad Hamzah.
Program tersebut merupakan kerjasama antara PAS Kawasan Teluk Intan bersama-sama Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan dan Dewan Muslimat PAS kawasan Teluk Intan. Menurut pengarahnya, Sdr. Mohamad bin Hamzah, kolaborasi ketiga-tiga pihak tersebut telah menghasil pelbagai aktiviti yang merangkumi pelbagai golongan seperti kanak-kanak, remaja, dewasa, tua, lelaki dan wanita.
Wacana Merdeka bersama YB Nik Abduh Nik Aziz.
Bengkel Photoshop sempena Merdeka menarik minta remaja.
Pertandingan Mewarna PASTI sempena Merdeka.
Menurut beliau, aktviti-aktiviti yang telah dirancang berbentuk bengkel, pertandingan dan sebagainya yang diadakan di sepanjang minggu tersebut. Antara acara menarik ialah Bengkel Photoshop, Wacana Kemerdekaan, Pertandingan Mewarna murid-murid PASTI, Pertandingan Mencipta Poster Selamatkan Malaysia, Pertandingan Menghias Kek, Pertandingan Gubahan, Pertandingan Mencipta Sajak bagi pelajar sekolah rendah, Pertandingan Mencipta Sajak bagi pelajar sekolah menengah.
Pertandingan Menghias Kek Merdeka anjuran Dewan Muslimat.
Pertandingan Gubahan Bunga Merdeka.
Kayuhan Sihat Merdeka turut menjadi tumpuan.
"Satu lagi acara istimewa yang julung kali dianjurkan ialah Kayuhan Sihat Merdeka telah menarik seramai 80 orang peserta di sekitar Teluk Intan. Kayuhan tersebut bermula dari Kg. Bahagia, Kg. Padang Tembak, Jalan Sultan Abdullah, Jalan Laksamana dan tamat di Kg. Bahagia semula yang merangkumi jarak kayuhan sejauh 16.5 km," tambah beliau lagi yang juga merupakan Timbalan Ketua Penerangan Kawasan.
Antara persembahan menarik malam kemuncak Fiesta Kemerdekaaan.

Pada 30 Ogos, telah diadakan Malam Kemuncak Fiesta Kemerdekaan yang diadakan di Kedai Azam Brothers di bandar Teluk Intan. Antara acaranya ialah persembahan murid-murid PASTI, penyampaian hadiah, pembacaan pantun dan sajak serta persembahan live band olah Band 2BS.

Kehadiran orang ramai ke Majlis Malam Kemuncak begitu menggalakkan. Ramai yang datang bersama keluarga yang telah menjadi alternatif kepada sambutan merdeka yang dianjurkan oleh pihak berkuasa.

Malam kemuncak diakhiri dengan ekspedisi dakwah di mana risalah berunsur nasihat agama telah diedarkan kepada pengunjung di Dataran Menara Jam Condong.

intanhijau.blogpsot.com

SUKAN PASTI KAWASAN TELUK INTAN 2017 MERIAH

TELUK INTAN , 17 September - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Sukan PASTI peringkat Kawasan Teluk Inta...