Jumaat, 30 Oktober 2015

PAS CAWANGAN PADANG TEMBAK ANJUR PERLAWANAN BADMINTON PERSAHABATAN



TELUK INTAN, 29 Oktober - Selepas tertegaknya empat bulan Dewan Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI), pelbagai aktiviti telah diadakan di dewan tersebut seperti aktiviti sukan dan majlis kenduri perkahwinan.



Azhar menyampaikan ucapan penutup.


Baru-baru ini, PAS Cawangan Padang Tembak telah mengadakan perlawanan persahabatan badminton dengan kariah Surau al Khairiah Batak Rabit di Dewan KOMPASTI. Perlawanan yang bermula pada pukul 9.00 malam itu telah berjaya menarik seramai 50 orang pemain yang merangkumi pelbagai lapisan umur.Perlawanan persahabatan menyaksikan aksi-aksi menarik para pemain.

Di penghujung perlawanan, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj. Mohd. Azhar Rafiei telah menyampaikan ucapan penutup. Beliau mengucapkan syukur kepada Allah SWT dan berbangga atas pembinaan Dewan KOMPASTI hasil daripada sumbangan para ahli yang istiqamah.


"Saya berharap perlawanan persahabatan seperti ini dapat diteruskan dan mencapai objektif untuk mengukuhkan ukhuwah dengan ahli masyarakat agar mereka memahami akan perjuangan Islam," tegas beliau.

Sebelum itu, beliau juga turut serta dalam perlawanan badminton bersama-sama pimpinan PAS kawasan yang lain.

intanhijau.blogspot.com

Selasa, 27 Oktober 2015

SELAGI DASAR PAS IALAH ISLAM, USAH RAGU-RAGU BERJUANG



TELUK INTAN, 26 Okt - Usah ragu- ragu dengan perjuangan PAS selagi dasar PAS ialah Islam. Demikian telah dinyatakan oleh Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Hakim semasa menyampaikan ceramah Kuliah Politik yang telah diadakan di Dewan Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI) Kg. Padang Tembak dekat sini.
Naib Yang Dipertua kawasan, Hj. Mohd. Azhar turut menyampaikan ceramah.
Sebahagian yang hadir ke Kuliah Politik.
Menurut beliau, dasar Islam yang telah termaktub di dalam Perlembagaan PAS Fasal 3 itu membuktikan dengan jelas bahawa PAS memperjuangkan Islam berbeza dengan mana-mana parti politik dalam negara ini.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Malaysia turut menyatakan PAS telah cuba sedaya upaya memperjuangkan Islam sebagaimana perjuangan Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, para ahli dan penyokong perlu yakin dan istiqamah dalam perjuangan yang suci ini.

Di samping itu, Ustaz Syarhan juga banyak menyentuh perkembangan semasa di negeri Selangor.

Sebelum itu, ceramah turut disampaikan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Hj. Mohd. Azhar Rafiei. Beliau banyak menyentuh tentang betapa perlunya rakyat celik politik Islam yang dapat membuka minda serta membuat pertimbangan antara yang haq dan batil. Contohnya, isu 1MDB yang merupakan isu besar negara sepatutnya bukan sahaja dilihat dari sudut pembaziran semata-mata tetapi juga kepada sikap amanah dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat.

Selain itu, Bajet 2016 yang telah dibentangkan oleh PM sepatutnya dirasai oleh semua rakyat bukan hanya memberi manfaat kepada segelintir kumpulan tertentu.

Rabu, 14 Oktober 2015

PAS KG. BAHAGIA ANJUR DERMA DARAH SEMPENA AWAL MUHARRAM


TELUK INTAN, 14 Oktober - Berbeza di tempat lain, PAS Cawangan Kg. Bahagia telah menganjurkan Program Derma Darah sebagai aktviti  sambutan sempena sambutan Awal Muharram 1437H. Program telah diadakan di Markaz PAS Cawangan Kg. Bahagia dekat sini.

Menurut Pengarah Program Sdr. Shamsudin Mahmud berkata antara objektif aktiviti tersebut ialah mengeratkan hubungan antara PAS dengan masyarakat khususnya di sekitar Kg. Bahagia.
Sdr. Shamsudin selaku pengarah program derma darah.
"Selain itu, kuliah dhuha telah diadakan sebelum program derma darah. Kuliah dhuha telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Salak, Ustaz Mustafa Shaari yang bertajuk 'Peringatan Rasulullah Tentang Akhir Zaman'," tambah beliau lagi yang juga merupakan Ketua PAS Cawangan Kg. Bahagia.
Ustaz Mustafa Shaari menyampaikan kuliah dhuha.

Sebahagian yang hadir mendengar kuliah dhuha.
Antara pengisian kuliah dhuha tersebut ialah menyingkap sejarah penghijrahan Rasulullah SAW serta bagaimana konsep pengorbanan diaplikasikan dalam kehidupan dengan menderma darah untuk menyelamatkan nyawa orang lain.
Antara peserta derma darah sedang mendaftar.
"Seramai 20 orang peserta telah hadir menderma darah yang telah dikendalikan oleh pihak Hospital Teluk Intan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital atas khidmat yang diberikan sehingga program ini dilaksanakan dengan jayanya," tambah beliau.
Azhar Rafiei turut menderma darah.

Sebahagian daripada tenaga penggerak program derma darah bersama pimpinan kawasan dan pemuda.
Antara yang pimpinan hadir memberi sokongan dengan menderma darah ialah pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan seperti Naib Yang Dipertua, Hj. Mohd. Azhar Rafiei dan beberapa orang lagi ahli jawatankuasa kawasan.

intanhijau.blogspot.com

SUKAN PASTI KAWASAN TELUK INTAN 2017 MERIAH

TELUK INTAN , 17 September - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Sukan PASTI peringkat Kawasan Teluk Inta...