Ahad, 20 Disember 2015

MUSLIMAT TELUK INTAN BERI SUMBANGAN BACK TO SCHOOL



TELUK INTAN, 20 Disember - PAS sentiasa prihatin akan isu kebajikan rakyat yang menghadapi tekanan hidup akibat suasana ekonomi negara yang semakin tidak menentu. Sesuai dengan gagasan negara berkebajikan, maka Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan telah menganjurkan program Back To School.

Menurut Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan, Pn. Fuziah Dahari, tujuan program tersebut ialah untuk meringankan beban para ibu bapa dalam persiapan anak-anak ke sekolah yang akan dibuka sesi baru tidak lama lagi.

"Program kali ini melibatkan seramai sepuluh orang pelajar di sekitar Rumah Awam, Kg. Padang Tembak, Kg. Padang Tembak Dalam dan Kg. Cerah. Kami juga menyampaikan sumbangan kepada tiga orang OKU dan seorang ibu tunggal. Sumbangan tersebut dalam bentuk beg sekolah dan wang tunai," tambah beliau lagi.Turut hadir dalam program tersebut ialah beberapa orang ahli jawatankuasa lajnah kebajikan.
Pn. Fuziah menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada seorang pelajar.


Beliau berharap sumbangan yang tidak seberapa ini sekurang-kurangnya dapat membantu kepada ibu bapa seterusnya memberi kemudahan kepada anak-anak mereka untuk belajar pada sesi persekolahan yang baru nanti.

intanhijau.blogspot.com

PAS KAWASAN TELUK INTAN ANJUR PERTANDINGAN MEMANCING UDANG



TELUK INTAN, 20 Disember - Teluk Intan merupakan salah sebuah tempat yang popular dengan udang galahnya. Oleh itu, PAS Kawasan Teluk Intan dengan kerjasama PAS Cawangan Batak Rabit telah menganjurkan Pertandingan Memancing Udang. Ia telah diadakan di Jeti Masjid Kg. Batak Rabit dekat sini.

Menurut pengarah program, Ustaz Mohd. Lutfi Shamsudin pertandingan tersebut telah berjaya menarik seramai 58 orang peserta di tempatan dan dari luar Teluk Intan. Antara kategori yang dipertandingankan ialah udang terberat, udang terbanyak dan tangkapan pelik. Hadiah yang disediakan berbentuk wang tunai dan hamper.



Pertandingan yang bermula jam 8.30 pagi itu dengan melepas para peserta oleh Sdr. Mohamed A'amir selaku ahli jawatankuasa PAS Kawasan Teluk Intan bagi mewakili PAS kawasan.Pertandingan bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 petang.

Pada pukul 12.30 tengah hari, majlis penutup telah diadakan dengan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Hj. Mohd. Azhar Rafiei menyampaikan ucapan.
Mohd. Azhar menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang sambil diperhatikan oleh Ustaz Lutfi.
Antaranya beliau mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang berjaya menganjurkan acara yang begitu meriah itu. Udang Teluk Intan merupakan antara udang yang terbaik di negara ini dan menjadi sumber rezeki kepada penduduknya terutama yang tinggal di tepi sungai.

"Antara pengajaran daripada memancing ini ialah ia memerlukan kesabaran yang merupakan salah satu sifat terpuji dalam Islam. Di samping itu, pertandingan ini juga berjaya menjalinkan hubungan antara pihak PAS dengan golongan pemancing atau nelayan. InsyaAllah, PAS akan cuba menganjurkan pertandingan seumpama ini lagi pada masa akan datang," tambah beliau.

Mohd. Azhar juga turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi kesemua kategori yang dipertandingkan.

intanhijau.blogspot.com

Isnin, 7 Disember 2015

ISLAM ITU AGAMA KEBAJIKAN



TELUK INTAN, 6 Disember - Islam adalah agama kebajikan. Kebajikan dalam Islam adalah untuk merealisasikan kedamaian dan kebaikan untuk semua makhluk. Perkataan kebaikan (al Khair ) atau kebajikan kerap disebut dalam al Quran dan al Hadith. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Perak, Ustaz Mustafa Shaari semasa menyampaikan ucapan perasmian Hari Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan baru-baru ini. Majlis telah diadakan di Dewan Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI) di Kg. Padang Tembak dekat sini.
Ustaz Mustafa bersama pimpinan kawasan turut menyertai perarakan peserta khatan dan khatam.

Sebahagian daripada peserta yang mengambil bahagian dalam majlis khatam Quran dan berkhatan.

"Konsep kebajikan dalam Islam itu luas. Ia mesti bermula dengan beriman dan bertaqwa kepada Allah. Orang yang beriman dan bertaqwa pasti akan melakukan kebajikan. Begitu jugalah kepada pemerintah yang beriman dan bertaqwa sudah pasti melakukan kebajikan terhadap rakyatnya. Oleh kerana itu, kebajikan itu sendiri berkait rapat dengan aspek aqidah," tambah beliau.

Beliau memetik ayat dari surah al Maidah ayat ke-2 iaitu,  “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (Al-Maidah:  2)

Beliau turut memuji atas usaha pihak PAS Kawasan Teluk Intan menganjurkan Hari Kebajikan yang merupakan satu cara untuk merapatkan hubungan antara PAS dengan masyarakat melalui pelbagai aktiviti-aktiviti yang diadakan.
Melawat bahagian pemeriksaan kesihatan.
Ustaz Mustafa juga melawat gerai pameran AADK.
"Jika di negara kita ini, ada banyak sambutan sempena hari tertentu seperti Hari Pekerja, Hari Guru dan lain-lain, apa salahnya kita memperkenalkan Hari Kebajikan kepada rakyat," ujar beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Salak.

Selepas ucapan perasmian, Ustaz Mustafa meluangkan masa mengunjungi beberapa buah gerai dan para pengunjung pada hari tersebut. Turut mengiringi ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik, Naib Yang Dipertua kawasan Hj. Mohd. Azhar Rafiei serta pengarah program, Ustaz Mohd. Lutfi Shamsudin.
Bergambar dengan sebahagian ahli ARC Teluk Intan.
Melihat kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna.
Majlis khatam Quran turut diadakan.
 

Ustaz Mustafa menyantuni peserta khatan.
Peserta derma darah.
Sebelum itu, Pengarah Program Hari Kebajikan Ustaz Mohd. Lutfi Shamsudin melahirkan kesyukuran kerana Hari Kebajikan dapat diadakan dengan baik. Ini adalah kali pertama ia diadakan di KOMPASTI. Menurut beliau, pelbagai acara telah diadakan seperti khatam Quran, khatan, pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan, derma darah, jualan amal, dan aktiviti ARC negeri Perak dan ARC Kawasan Teluk Intan. Jamuan pagi dan tengah hari juga disediakan kepada para pengunjung.
Pengarah program, Ustaz Mohd. Lutfi menyampaikan ucapan.
ARC negeri dan kawasan bergambar bersama.
 
"Kita juga telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada beberapa agensi kerajaan seperti Pejabat Kesihatan Daerah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan yang telah turut mengambil bahagian dalam pameran sempena Hari Kebajikan. Mereka turut menyampaikan ceramah kesihatan dan ceramah tentang anti dadah," tambah beliau lagi.

intanhijau.blogspot.com

SUKAN PASTI KAWASAN TELUK INTAN 2017 MERIAH

TELUK INTAN , 17 September - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Sukan PASTI peringkat Kawasan Teluk Inta...