Ahad, 20 Disember 2015

PAS KAWASAN TELUK INTAN ANJUR PERTANDINGAN MEMANCING UDANG



TELUK INTAN, 20 Disember - Teluk Intan merupakan salah sebuah tempat yang popular dengan udang galahnya. Oleh itu, PAS Kawasan Teluk Intan dengan kerjasama PAS Cawangan Batak Rabit telah menganjurkan Pertandingan Memancing Udang. Ia telah diadakan di Jeti Masjid Kg. Batak Rabit dekat sini.

Menurut pengarah program, Ustaz Mohd. Lutfi Shamsudin pertandingan tersebut telah berjaya menarik seramai 58 orang peserta di tempatan dan dari luar Teluk Intan. Antara kategori yang dipertandingankan ialah udang terberat, udang terbanyak dan tangkapan pelik. Hadiah yang disediakan berbentuk wang tunai dan hamper.



Pertandingan yang bermula jam 8.30 pagi itu dengan melepas para peserta oleh Sdr. Mohamed A'amir selaku ahli jawatankuasa PAS Kawasan Teluk Intan bagi mewakili PAS kawasan.Pertandingan bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 petang.

Pada pukul 12.30 tengah hari, majlis penutup telah diadakan dengan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Hj. Mohd. Azhar Rafiei menyampaikan ucapan.
Mohd. Azhar menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang sambil diperhatikan oleh Ustaz Lutfi.
Antaranya beliau mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang berjaya menganjurkan acara yang begitu meriah itu. Udang Teluk Intan merupakan antara udang yang terbaik di negara ini dan menjadi sumber rezeki kepada penduduknya terutama yang tinggal di tepi sungai.

"Antara pengajaran daripada memancing ini ialah ia memerlukan kesabaran yang merupakan salah satu sifat terpuji dalam Islam. Di samping itu, pertandingan ini juga berjaya menjalinkan hubungan antara pihak PAS dengan golongan pemancing atau nelayan. InsyaAllah, PAS akan cuba menganjurkan pertandingan seumpama ini lagi pada masa akan datang," tambah beliau.

Mohd. Azhar juga turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi kesemua kategori yang dipertandingkan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUKAN PASTI KAWASAN TELUK INTAN 2017 MERIAH

TELUK INTAN , 17 September - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Sukan PASTI peringkat Kawasan Teluk Inta...