Isnin, 7 Disember 2015

ISLAM ITU AGAMA KEBAJIKAN



TELUK INTAN, 6 Disember - Islam adalah agama kebajikan. Kebajikan dalam Islam adalah untuk merealisasikan kedamaian dan kebaikan untuk semua makhluk. Perkataan kebaikan (al Khair ) atau kebajikan kerap disebut dalam al Quran dan al Hadith. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Perak, Ustaz Mustafa Shaari semasa menyampaikan ucapan perasmian Hari Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan baru-baru ini. Majlis telah diadakan di Dewan Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI) di Kg. Padang Tembak dekat sini.
Ustaz Mustafa bersama pimpinan kawasan turut menyertai perarakan peserta khatan dan khatam.

Sebahagian daripada peserta yang mengambil bahagian dalam majlis khatam Quran dan berkhatan.

"Konsep kebajikan dalam Islam itu luas. Ia mesti bermula dengan beriman dan bertaqwa kepada Allah. Orang yang beriman dan bertaqwa pasti akan melakukan kebajikan. Begitu jugalah kepada pemerintah yang beriman dan bertaqwa sudah pasti melakukan kebajikan terhadap rakyatnya. Oleh kerana itu, kebajikan itu sendiri berkait rapat dengan aspek aqidah," tambah beliau.

Beliau memetik ayat dari surah al Maidah ayat ke-2 iaitu,  “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (Al-Maidah:  2)

Beliau turut memuji atas usaha pihak PAS Kawasan Teluk Intan menganjurkan Hari Kebajikan yang merupakan satu cara untuk merapatkan hubungan antara PAS dengan masyarakat melalui pelbagai aktiviti-aktiviti yang diadakan.
Melawat bahagian pemeriksaan kesihatan.
Ustaz Mustafa juga melawat gerai pameran AADK.
"Jika di negara kita ini, ada banyak sambutan sempena hari tertentu seperti Hari Pekerja, Hari Guru dan lain-lain, apa salahnya kita memperkenalkan Hari Kebajikan kepada rakyat," ujar beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Salak.

Selepas ucapan perasmian, Ustaz Mustafa meluangkan masa mengunjungi beberapa buah gerai dan para pengunjung pada hari tersebut. Turut mengiringi ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik, Naib Yang Dipertua kawasan Hj. Mohd. Azhar Rafiei serta pengarah program, Ustaz Mohd. Lutfi Shamsudin.
Bergambar dengan sebahagian ahli ARC Teluk Intan.
Melihat kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna.
Majlis khatam Quran turut diadakan.
 

Ustaz Mustafa menyantuni peserta khatan.
Peserta derma darah.
Sebelum itu, Pengarah Program Hari Kebajikan Ustaz Mohd. Lutfi Shamsudin melahirkan kesyukuran kerana Hari Kebajikan dapat diadakan dengan baik. Ini adalah kali pertama ia diadakan di KOMPASTI. Menurut beliau, pelbagai acara telah diadakan seperti khatam Quran, khatan, pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan, derma darah, jualan amal, dan aktiviti ARC negeri Perak dan ARC Kawasan Teluk Intan. Jamuan pagi dan tengah hari juga disediakan kepada para pengunjung.
Pengarah program, Ustaz Mohd. Lutfi menyampaikan ucapan.
ARC negeri dan kawasan bergambar bersama.
 
"Kita juga telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada beberapa agensi kerajaan seperti Pejabat Kesihatan Daerah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan yang telah turut mengambil bahagian dalam pameran sempena Hari Kebajikan. Mereka turut menyampaikan ceramah kesihatan dan ceramah tentang anti dadah," tambah beliau lagi.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUKAN PASTI KAWASAN TELUK INTAN 2017 MERIAH

TELUK INTAN , 17 September - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Sukan PASTI peringkat Kawasan Teluk Inta...