1. Iftar Jamaie PAS Teluk Intan pada 23 Jun 2015
2. PAS Cawangan Batu Tiga Cicely Edar Bubur Lambuk di Stesen Minyak Petronas Cicely
pada 25 Jun 2015.
3. Street Dakwah Ramadhan 2.0 di Dataran Menara Condong Teluk Intan 26 Jun 2015
Anjuran Lajnah Dakwah PAS Teluk Intan dan Dewan Pemuda PAS Teluk Intan
4. Program Sumbangan Ramadhan dan Iftar di Kg. Sungai Samak.
Isnin, 29 Jun 2015
Jumaat, 19 Jun 2015
Isnin, 15 Jun 2015
PAS TELUK INTAN MEMBERI SUMBANGAN SEMPENA RAMADAN
TELUK INTAN, 14 Jun - Sempena bulan Ramadan al Mubarak yang bakal menjelma tidak lama lagi, PAS Kawasan Teluk Intan telah meneruskan misi kebajikannya dengan menghulurkan sumbangan kepada golongan yang tidak mampu.
Misi kebajikan tersebut merupakan kerjasama di antara Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan. Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di Kg. Ayer Hitam dekat sini.
Menurut Ketua Lujnah Kebajikan, Ustaz Mohammad Lufti Shamsudin, seramai 25 orang penduduk kampung telah menerima sumbangan berupa bahan keperluan harian seperti minyak masak, gula, beras dan sebagainya. Beliau berharap, sumbangan yang tidak seberapa itu akan dapat mengurangkan beban penduduk kampung dalam menghadapi bulan Ramadan.
Ustaz Ismail menyampaikan ucapan. |
Hj. Alimin menyampaikan ucapan aluan. |
Sementara itu di dalam ucapannya, Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Ismail Che Nik berharap penduduk kampung dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh penghayatan agar ianya menjadi ibadah yang diterima oleh Allah SWT.
"Ibadah puasa yang sempurna itulah yang akan membawa kita kepada ketakwaan yang kita perlu cari di sepanjang bulan Ramadan," ujar beliau.
Seorang penduduk kampung menerima sumbangan. |
![]() |
Slot tazkirah. |
Majlis bermula dengan solat Maghrib dan tahlil. Selepas itu, penyampaian sumbangan telah diadakan dan diakhiri dengan tazkirah Ramadan.
Bagi Ketua PAS Cawangan Ayer Hitam, Hj. Alimin Shukur pula, pihaknya amat menghargai akan sumbangan yaang diberikan kepada penduduk Kg. Ayer Hitam.
intanhijau222.blogspot.com
Sabtu, 13 Jun 2015
LUJNAH KEBAJIKAN PAS TELUK INTAN ZIARAH IBU TUNGGAL
TELUK INTAN, 14 Jun - Usaha-usaha memasyarakatkan PAS terus berjalan terutamanya dalam kerja-kerja kebajikan demi melihat kesejahteraan rakyat dari golongan kurang mampu. Baru-baru ini, usaha ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal telah diadakan di Lorong Kalat, Batak Rabit dekat sini.
Aktiviti tersebut adalah atas usaha Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan, Dewan Pemuda kawasan dan Dewan Muslimat PAS kawasan. Ia juga mendapat kerjasama daripada PAS Cawangan Batak Rabit.
Ustaz Lutfi sedang berbual dengan anak sulung Pn. Hanim. |
Keadaan rumah. |
Menurut Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Mohammad Lutfi Shamsudin, ziarah tersebut dilakukan terhadap Puan Hanim binti Pabar, 46, seorang ibu tunggal setelah kematian suami sebulan yang lalu. Sebelum meninggal, suaminya Mohd. Amron bin Hj. Shaari merupakan seorang siak di Masjid Batak Rabit.
Puan Hanim menerima sumbangan daripada Ketua Muslimat kawasan. |
"Kami amat prihatin dengan keluarga ibu tunggal ini kerana beliau terpaksa menyara lima orang anaknya di mana tiga daripadanya masih bersekolah. Anak sulungya, Abdul Latif bin Amron,21, masih mencari pekerjaan," tambah beliau.
Dalam ziarah tersebut, sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur dan wang tunai telah disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat kawasan, Puan Robiatun Abas kepada Puan Hanim. Semoga sumbangan tersebut dapat mengurangkan sedikit beban persiapan menghadapi Ramadhan tidak lama lagi.
Bagi Puan Hanim, beliau amat berbesar hati apabila rombongan PAS Kawasan Teluk Intan ke rumahnya. Beliau mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak PAS Kawasan serta sumbangan yang diberikan.
Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Sdr. Rahmat Maliki dan Ketua Dewan Pemuda Kawasan, Ustaz Rijal Abu Bakar.
intanhijau222.blogspot.com
KOMPASTI SEBAGAI PUSAT AKTIVITI MASYARAKAT
TELUK INTAN, 13 Jun- PAS Kawasan Teluk Intan akan menjadikan dewan Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI) sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan. Demikian dinyatakan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Hj. Ismail Che Nik semasa menyampaikan ucapan sempena pelancaran gelanggang KOMPASTI di Kg. Padang Tembak dekat sini.
Beliau juga berharap dengan ada sebuah dewan besar yang bertaraf serbaguna ini, akan membolehkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti sukan, majlis kenduri, seminar dan sebagainya dijalankan. Walaupun dewan kompleks tersebut belum siap sepenuhnya namun ia masih mampu menyediakan kemudahan kepada anak-anak muda melakukan aktiviti sukan.
Hj. Abidin Sharif menyampaikan taklimat kepada semua peserta. |
Menurut Pengarah Program Hj. Abidin bin Sharif pula, bagi merealisasikan hasrat tersebut beberapa pihak seperti PAS Cawangan Padang Tembak dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan telah berusaha menyediakan kelengkapan gelanggang untuk permainan badminton, sepak takraw dan bola jaring.
"Pelancaran gelanggang KOMPASTI ini juga sebagai penanda bermulanya penggunaan dewan KOMPASTI khususnya gelanggang dan diharapkan dewan ini dapat digunakan oleh masyarakat sekitar Teluk Intan. Dewan Pemuda kawasan juga telah memngambil kesempatan pada hari ini melancarkan Himpunan Pemuda Teluk Intan."
Ustaz Ismail melakukan sepakan sebagai gimik pelancaran gelanggang. |
"Antara pertandingan yang dijalankan pada hari ini ialah pingpong dan sepak takraw bagi peserta lelaki manakala pertandingan karom untuk peserta wanita," menurut beliau lagi.
Beliau yang juga merupakan AJK PAS Kawasan Teluk Intan dan Ketua PAS Cawangan Padang Tembak memberitahu bahawa program ini adalah anjuran bersama PAS Cawangan Padang Tembak, Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan.
Sebanyak lapan pasukan yang menyertai pertandingan sepak takraw dan seramai 16 orang peserta telah menyertai pertandingan pingpong.
Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Ustaz Ismail Che Nik.
intanhijau22.blogspot.com
Langgan:
Catatan (Atom)
SUKAN PASTI KAWASAN TELUK INTAN 2017 MERIAH
TELUK INTAN , 17 September - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Sukan PASTI peringkat Kawasan Teluk Inta...
-
TELUK INTAN , 15 Julai - Sempena bulan Syawal yang mulia, PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka. Majlis telah diada...
-
TELUK INTAN , 17 September - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Sukan PASTI peringkat Kawasan Teluk Inta...
-
TELUK INTAN , 21 Jun - Agenda kebajikan merupakan salah satu aktviti yang sering dilaksanakan oleh PAS Kawasan Teluk Intan melalui Lujnah K...