TELUK INTAN, 14 Jun - Sempena bulan Ramadan al Mubarak yang bakal menjelma tidak lama lagi, PAS Kawasan Teluk Intan telah meneruskan misi kebajikannya dengan menghulurkan sumbangan kepada golongan yang tidak mampu.
Misi kebajikan tersebut merupakan kerjasama di antara Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan. Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di Kg. Ayer Hitam dekat sini.
Menurut Ketua Lujnah Kebajikan, Ustaz Mohammad Lufti Shamsudin, seramai 25 orang penduduk kampung telah menerima sumbangan berupa bahan keperluan harian seperti minyak masak, gula, beras dan sebagainya. Beliau berharap, sumbangan yang tidak seberapa itu akan dapat mengurangkan beban penduduk kampung dalam menghadapi bulan Ramadan.
Ustaz Ismail menyampaikan ucapan. |
Hj. Alimin menyampaikan ucapan aluan. |
Sementara itu di dalam ucapannya, Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Ismail Che Nik berharap penduduk kampung dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh penghayatan agar ianya menjadi ibadah yang diterima oleh Allah SWT.
"Ibadah puasa yang sempurna itulah yang akan membawa kita kepada ketakwaan yang kita perlu cari di sepanjang bulan Ramadan," ujar beliau.
Seorang penduduk kampung menerima sumbangan. |
![]() |
Slot tazkirah. |
Majlis bermula dengan solat Maghrib dan tahlil. Selepas itu, penyampaian sumbangan telah diadakan dan diakhiri dengan tazkirah Ramadan.
Bagi Ketua PAS Cawangan Ayer Hitam, Hj. Alimin Shukur pula, pihaknya amat menghargai akan sumbangan yaang diberikan kepada penduduk Kg. Ayer Hitam.
intanhijau222.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan