Sabtu, 13 Jun 2015

LUJNAH KEBAJIKAN PAS TELUK INTAN ZIARAH IBU TUNGGAL



TELUK INTAN, 14 Jun - Usaha-usaha memasyarakatkan PAS terus berjalan terutamanya dalam kerja-kerja kebajikan demi melihat kesejahteraan rakyat dari golongan kurang mampu. Baru-baru ini, usaha ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal telah diadakan di Lorong Kalat, Batak Rabit dekat sini.

Aktiviti tersebut adalah atas usaha Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan, Dewan Pemuda kawasan dan Dewan Muslimat PAS kawasan. Ia juga mendapat kerjasama daripada PAS Cawangan Batak Rabit.
Ustaz Lutfi sedang berbual dengan anak sulung Pn. Hanim.
Keadaan rumah.
Menurut Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Mohammad Lutfi Shamsudin, ziarah tersebut dilakukan terhadap Puan Hanim binti Pabar, 46, seorang ibu tunggal setelah kematian suami sebulan yang lalu. Sebelum meninggal, suaminya Mohd. Amron bin Hj. Shaari merupakan seorang siak di Masjid Batak Rabit.
Puan Hanim menerima sumbangan daripada Ketua Muslimat kawasan.

"Kami amat prihatin dengan keluarga ibu tunggal ini kerana beliau terpaksa menyara lima orang anaknya di mana tiga daripadanya masih bersekolah. Anak sulungya, Abdul Latif bin Amron,21, masih mencari pekerjaan," tambah beliau.

Dalam ziarah tersebut, sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur dan wang tunai telah disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat kawasan, Puan Robiatun Abas kepada Puan Hanim. Semoga sumbangan tersebut dapat mengurangkan sedikit beban persiapan menghadapi Ramadhan tidak lama lagi.

Bagi Puan Hanim, beliau amat berbesar hati apabila rombongan PAS Kawasan Teluk Intan ke rumahnya. Beliau mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak PAS Kawasan serta sumbangan yang diberikan.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Sdr. Rahmat Maliki dan Ketua Dewan Pemuda Kawasan, Ustaz Rijal Abu Bakar.

intanhijau222.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUKAN PASTI KAWASAN TELUK INTAN 2017 MERIAH

TELUK INTAN , 17 September - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Sukan PASTI peringkat Kawasan Teluk Inta...