TELUK INTAN, 13 Jun- PAS Kawasan Teluk Intan akan menjadikan dewan Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI) sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan. Demikian dinyatakan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Hj. Ismail Che Nik semasa menyampaikan ucapan sempena pelancaran gelanggang KOMPASTI di Kg. Padang Tembak dekat sini.
Beliau juga berharap dengan ada sebuah dewan besar yang bertaraf serbaguna ini, akan membolehkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti sukan, majlis kenduri, seminar dan sebagainya dijalankan. Walaupun dewan kompleks tersebut belum siap sepenuhnya namun ia masih mampu menyediakan kemudahan kepada anak-anak muda melakukan aktiviti sukan.
Hj. Abidin Sharif menyampaikan taklimat kepada semua peserta. |
Menurut Pengarah Program Hj. Abidin bin Sharif pula, bagi merealisasikan hasrat tersebut beberapa pihak seperti PAS Cawangan Padang Tembak dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan telah berusaha menyediakan kelengkapan gelanggang untuk permainan badminton, sepak takraw dan bola jaring.
"Pelancaran gelanggang KOMPASTI ini juga sebagai penanda bermulanya penggunaan dewan KOMPASTI khususnya gelanggang dan diharapkan dewan ini dapat digunakan oleh masyarakat sekitar Teluk Intan. Dewan Pemuda kawasan juga telah memngambil kesempatan pada hari ini melancarkan Himpunan Pemuda Teluk Intan."
Ustaz Ismail melakukan sepakan sebagai gimik pelancaran gelanggang. |
"Antara pertandingan yang dijalankan pada hari ini ialah pingpong dan sepak takraw bagi peserta lelaki manakala pertandingan karom untuk peserta wanita," menurut beliau lagi.
Beliau yang juga merupakan AJK PAS Kawasan Teluk Intan dan Ketua PAS Cawangan Padang Tembak memberitahu bahawa program ini adalah anjuran bersama PAS Cawangan Padang Tembak, Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan.
Sebanyak lapan pasukan yang menyertai pertandingan sepak takraw dan seramai 16 orang peserta telah menyertai pertandingan pingpong.
Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Ustaz Ismail Che Nik.
intanhijau22.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan