Sabtu, 26 Mac 2016

PAS KAWASAN TELUK INTAN ZIARAH VETERAN PAS



TELUK INTAN, 26 Mac - Yang lama perlu kita hargai kerana sesungguhnya tidak akan ada yang baru jika tiada yang lama. Menginsafi akan hal itu, maka Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan mengadakan program ziarah para veteran PAS di Taman Cicely dekat sini.

Menurut Pengerusi Lujnah Kebajikan, Ustaz Mohd. Lutfi Shamsuddin, usaha tersebut wujud atas kesedaran jasa dan budi yang telah ditabur oleh golongan veteran parti semasa mereka berkhidmat di dalam parti.  

Ustaz Lutfi menyampaikan sijil penghargaan.

Bersama veteran PAS, Hj. Hassan Edar, mantan Ketua Penerangan PAS Kawasan dan Ketua Cawangan.

Mengunjungi balu kepada mantan ketua Cawangan Batu Tiga.


Menyampaikan sijil penghargaan kepada Hj. Jamal Osman, mantan calon pilihan raya dan pimpinan cawangan.


"Atas usaha dan komited merekalah maka generasi muda sekarang menikmati suasana parti yang mantap. Walaupun ada sebilangan mereka hanya pernah memimpin parti di peringkat cawangan tetapi kita kena ingat, usaha mereka telah menjadi kukuhnya cawangan yang ada sekarang," tambah beliau.


Program ziarah tersebut merupakan kerjasama dengan PAS Cawangan Batu Tiga  Cicely. Turut hadir ialah pimpinan PAS kawasan, Dewan Pemuda kawasan dan Dewan Muslimat kawasan serta PAS Cawangan Batu Tiga.

Seramai enam orang veteran telah dikunjungi di sekitar Taman Cicely. Kebanyakannya berbesar hati menyambut rombongan ziarah kawasan. Perbincangan lebih kepada pengkisahan pengalaman, hal-hal semasa parti dan sebagainya. Kebanyakan veteran yang dikunjungi merupakan bekas pimpinan kawasan dan cawangan.

Di penghujung kunjungan, mereka menerima surat penghargaan daripada PAS Cawangan Batu Tiga Cicely sebagai menghargai jasa-jasa mereka kepada parti. Ia juga sebagai tanda penghargaan parti terhadap sikap istiqamah mereka dengan PAS.

intanhijau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUKAN PASTI KAWASAN TELUK INTAN 2017 MERIAH

TELUK INTAN , 17 September - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Sukan PASTI peringkat Kawasan Teluk Inta...