TELUK INTAN, 27 Mei - PAS Kawasan terus mendekati masyarakat dengan mengadakan pelbagai aktiviti kebajikan. Baru-baru ini, Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan program sumbangan kebajikan sempena Ramadan. Ia merupakan anjuran bersama dengan sebuah NGO, Mukmin Bersaudara (MINBAR).
Program tersebut membabitkan dua tempat iaitu di Kg. Ayer Hitam dan Kg. Banjar.
Menurut Ketua Lujnah Kebajikan kawasan, Ustaz Lutfi Shamsudin, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak NGO MINBAR yang sudi bekerjsama dengan pihak PAS Kawasan Teluk Intan untuk menjayakan program kebajikan ini.
"Program kali ini melibatkan seramai 20 orang penerima di Kg. Ayer Hitam dan 25 orang penerima sumbangan di Kg. Banjar, " tambah beliau.
Turut hadir ialah Ustaz Mohammad Safuan wakil kepada NGO MINBAR serta anggotanya. Selain itu, Penyelaras DUN Changkat Jong, Hj. Mohd. Azhar Rafiei turut hadir bersama pimpinan PAS Kawasan, Pemuda Kawasan dan PAS Cawangan. Beliau telah menyampaikan ucapan serta menyerahkan sumbangan kepada penduduk kampung.
intanhijau 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan