TELUK INTAN, 24 Mei - Sesuai dengan tema muktamar PAS Pusat baru-baru ini iaitu Sejahtera Bersama Islam, maka pihak Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan telah melaksanakan pelbagai aktiviti berkebajikan kepada masyarakat yang dihimpit kemiskinan akibat suasana ekonomi yang tidak menentu.
Baru-baru ini, program sumbangan barangan keperluan telah dijalankan di Kg. Padang Tembak. Menurut Pengerusi Lujnah Kebajikan Kawasan, Ustaz Lutfi Shamsudin, sumbangan tersebut adalah sebagai membantu seadanya kepada beberapa penduduk susah di sekitar kampung tersebut.
"Kita harapkan agar sumbangan yang tidak seberapa ini sekurang-kurangnya dapat menampung persiapan penduduk kampung dalam menghadapi bulan Ramadan yang penuh berkat ini," kata beliau.
Turut serta dalam program tersebut ialah Penyelaras DUN Changkat Jong, Hj. Mohd. Azhar Rafiei serta beberapa orang pimpinan kawasan , pemuda, muslimat serta cawangan. Kehadiran rombongan kebajikan telah disambut mesra oleh para penduduk kampung. Mereka berasa bersyukur kepada Allah atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh pihak PAS Kawasan Teluk Intan terhadap masalah rakyat.

![]() |
Hj. Azhar menyantuni seorang warga emas. |
![]() |
Wakil muslimat cawangan menyampaikan hamper sumbangan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan