Selasa, 30 Mei 2017

PAS KAWASAN TELUK INTAN EDAR RISALAH DI BAZAR RAMADAN

TELUK INTAN, 30 Mei - Ramadan telah tiba. Umat Islam menjalani ibadah sebagaimana yang diwajibkan. Oleh itu, PAS Kawasan Teluk Intan mengambil menyemarakkan bulan yang penuh berkat ini dengan mengedarkan risalah dakwah tentang penghayatan bulan Ramadan kepada orang ramai.

Menurut Penyelaras DUN Changkat Jong, Hj. Mohd. Azhar Rafiei, usaha tersebut adalah salah satu usaha pihak PAS memberikan kesedaran agama kepada masyarakat sesuai dengan perjuangan parti itu sebagai sebuah gerakan politik, dakwah dan tarbiyah.


Hj. Azhar sedang mengedar risalah dakwah di gerai-gerai.








"Selain risalah berbentuk dakwah, pihak kami juga mengedarkan risalah yang menyentuh tentang pendirian PAS dalam sesuatu isu. Ia perkara biasa bagi mana-mana parti politik di negara yang mengamalkan demokrasi iaitu memahamkan rakyat tentang perjuangan mereka," jelas beliau. 

"InsyaAllah, pihak kami akan terus menerus mengedarkan risalah ini di bazar-bazar Ramadan sekitar Teluk Intan," tambah beliau.

Kali ini, aktiviti pengedaran risalah telah diadakan di Bazar Ramadan di Bazar Nanas. Ia bermula pukul 5.30 petang yang melibatkan jentera PAS Kawasan Teluk Intanyang terdiri daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan dan Dewan Muslimat Kawasan Teluk Intan.



Di samping mengedarkan risalah, Hj. Mohd. Azhar dan rombongan meengambil peluang beramah mesra dan menyantuni para pengunjung  dan peniaga di bazar.

intanhijau2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUKAN PASTI KAWASAN TELUK INTAN 2017 MERIAH

TELUK INTAN , 17 September - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Sukan PASTI peringkat Kawasan Teluk Inta...