TELUK INTAN, 30 Mei - Sebagaimana tahun-tahun lalu, setiap bulan Ramadan al Mubarak PAS Kawasan Teluk Intan menganjurkan majlis iftar dan tazkirah. Majlis tersebut diadakan setiap minggu hari Selasa. Majlis telah diadakan di Dewan KOMPASTI, Kg. Padang Tembak dekat sini. Ia merupakan anjuran Lujnah Tarbiyah PAS Kawasan Teluk Intan.
Majlis iftar dan tazkirah Ramadan merupakan salah satu aktiviti di bawah Program Madrasah Ramadan PAS Kawasan Teluk Intan bagi tahun 2017. Ia bermula dengan majlis tahlil dan berbuka puasa. Akvititi selanjutnya ialah solat Maghrib dan Isyak serta solat sunat tarawih.
![]() |
Majlis iftar. |
Majlis diakhiri dengan penyampaian tazkirah. Kali ini, penyampai tazkirah ialah Ustaz Muhaimin Abdul Malik dari Tapah. Antara pengisian tazkirah ialah berkenaan Ramadan yang berfungsi sebagai pengisi kepada makanan rohani.
![]() |
Hj Azhar turut bersolat tarawih. |
"Setelah selama 11 bulan kita hanya memberi pengisian kepada jasad, maka dalam bulan Ramadan ini Allah meminta kita memberi fokus kepada pengisian rohani selama sebulan, " kata Ustaz Muhaimin.
![]() |
Ustaz Muhaimin menyampaikan tazkirah Ramadan. |
"Masalahnya ialah berlaku ketidakseimbangan antara pembangunan jasad dan rohani akibat kurang fokusnya semasa menjalani ibadah dalam bulan Ramadan," tambah beliau.
Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik, Penyelaras DUN Changkat Jong Hj. Mohd. Azhar Rafiei, pimpinan PAS kawasan dan cawangan serta ahli-ahli PAS.
intanhijau2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan