Sabtu, 27 Mei 2017

PROGRAM DAKWAH JAMAIE PERDANA 2017 SEMPENA AMBANG RAMADAN

TELUK INTAN, 21 Mei - Satu program yang dinamakan Dakwah Jamaie Perdana 2017 telah dijalankan bersempena menyambut bulan Ramadan al Mubarak yang bakal tiba. Program tersebut merupakan anjuran bersama antara Gen 3 Teluk Intan dengan PAS Kawasan Teluk Intah, Dewan Muslimat kawasan, Dewan Pemuda kawasan serta cawangan-cawangan seluruh Teluk Intan.

Menurut Penyelaras Program, Puan Hamisah Abas, tujuan Dakwah Jamaie 2017 ialah untuk menarik minat masyarakat Melayu Islam sekitar DUN Changkat Jong kepada Islam. Selain, itu, ia juga sebagai persediaan dalam meningkatkan ruh penghayatan untuk menyambut bulan Ramadan.

"Program tersebut juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat setempat  dengan PAS, " ujar beliau.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah pengedaran takwim berbuka puasa, pengedaran kurma serta ziarah rumah ke rumah. Sebanyak 588 kotak kurma telah berjaya diedarkan di beberapa cawangan. Di samping itu, takwim berbuka puasa juga turut diedarkan ke seluruh cawangan di sekitar Teluk Intan khususnya di DUN Changkat Jong. Usaha tersebut melibatkan kerjasama erat bersama ahli-ahli cawangan.

"Pihak jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang telah memberi sumbangan pembelian kurma hingga program ini berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada pihak PAS kawasan, Dewan Pemuda dan cawangan yang turut sama menggembleng tenaga dalam program ini," tambah Puan Hamisah lagi.

Pada masa yang sama, pihak muslimat muda telah mengedarkan takwim berbuka puasa kepada orang ramai di pasar tani dan pasar minggu di bandar Teluk Intan. Turut serta ialah Penyelaras DUN Changkat Jong, Hj. Azhar Rafiei serta pimpinan PAS Kawasan, Dewan Pemuda kawasan dan Dewan Muslimat kawasan.

Penyelaras DUN Changkat Jong, Hj. Mohd. Azhar Rafiei memberi sekotak kurma dan takwim kepada seorang penduduk.
Kumpulan Gen 3 Teluk Intan bersiap sedia mengedar takwim ke Pasar Tani.
intanhijau2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUKAN PASTI KAWASAN TELUK INTAN 2017 MERIAH

TELUK INTAN , 17 September - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Sukan PASTI peringkat Kawasan Teluk Inta...