TELUK INTAN, 25 Mei - Kaum wanita antara golongan yang pastinya sibuk apabila tibanya Ramadan. Sebagai menghargai pengorbanan kaum hawa ini, PAS Cawangan Batu Tiga Cicely telah menyampaikan sumbangan praRamadan kepada beberapa orang wanita di sekitar kawasan tersebut.
Menurut Ketua PAS Cawangan Batu Tiga, Rahmat Maliki, usaha tersebut bertujuan membantu meringankan beban persiapan menghadapi bulan yang mulia yang bakal tiba.
"Seramai 10 orang wanita telah menerima sumbangan hamper berupa barangan keperluan dapur seperti beras, gula dan lain-lain. Mereka terdiri daripada ibu tunggal, uzur, sakit dan sebagainya," tambah beliau.
"Usaha ziarah dan pemberian sumbangan ini InsyaAllah akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai salah satu usaha kebajikan dan kemasyarakatan PAS cawangan," ujar beliau.
Turut serta ialah Ketua Jawatankuasa Muslimat Cawangan, Puan Rokiah, ahli jawatankuasa muslimat cawangan serta beberapa orang ahli jawatankuasa PAS Cawangan Batu Tiga.
![]() |
Salah seorang penduduk wanita yang menerima sumbangan. |
intanhijau2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan