TELUK INTAN, 1 Jun - Ramadan lebih dikenali sebagai bulan al Quran telah tiba. Dalam bulan yang berkat ini jugalah al Quran telah diturunkan. Maka sebagai menghayati bulan tersebut, umat Islam telah mengadakan majlis tadarus dan halaqah al Quran di masjid atau di surau.
Baru-baru ini, Penyelaras DUN Changkat Jong PAS Kawasan Teluk Intan, Hj. Mohd. Azhar Rafiei telah menghadiri majlis Halaqah Tadarus Al Quran Kumpulan Wanita Masjid Kg. Sungai Kerawai dekat sini.
Seramai 14 orang wanita di kariah masjid itu telah menyertai halaqah tersebut. Turut hadir ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan, Pn. Robiatun binti Mohd. Abas dan Ketua Jawatankuasa Muslimat Cawangan Sungai Kerawai, Pn. Hjh. Sisriyati bt. Sahari.
![]() |
Ketua muslimat kawasan dan cawangan turut serta. |
Dalam majlis tersebut, Hj. Mohd. Azhar telah dijemput menyampaikan tazkirah Ramadan. Dalam pengisian tazkirah, beliau menekankan kepada aspek penghayatan bulan Ramadan itu sendiri.
![]() |
Sebahagian daripada peserta halaqah al Quran. |
"Rebutlah ganjaran pahala yg berganda di bulan Ramadan. Jadikan al Quran sebagai teman di sepanjang masa. Yang lebih penting ialah segala perintah dan arahan Allah yg terkandung dalam al Quran hendaklah diamal dan dilaksanakan tanpa sebarang keraguan, "kata beliau.
Akhir sekali, beliau berharap kebiasaan membaca al Quran itu perlu dibudayakan kepada setiap diri orang Islam pada bulan-bulan yang lain. Membaca al Quran tidak terhad di dalam bulan Ramadan sahaja.
intanhijau2017