Selasa, 27 Jun 2017

PAS TELUK INTAN ANJUR JAMUAN AIDILFITRI ANAK PERANTAUAN

TELUK INTAN, 28 Jun - Hari Raya Aidilfitri menggamit anak perantau Teluk Intan balik kampung untuk menyambutnya bersama keluarga. PAS Kawasan Teluk Intan telah mengambil kesempatan mengadakan jamuan bersama anak-anak perantau. Majlis telah diadakan di kediaman keluarga almarhum Ustaz Abdul Hir, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Sebahagian anak perantau bergambar bersama pimpinan kawasan.

Menurut pengarah program, Ustaz Aiman, program tersebut diadakan bertujuan untuk meraikan anak-anak perantau yang kebanyakannya para pelajar di IPT atau yang bekerja di luar Teluk Intan.

"Alhamdulillah, kita telah berjaya mengumpulkan lebih hampir 50 orang anak perantau dalam kalangan pelajar IPT lelaki dan perempuan. Kita juga ingin mendekatkan mereka dengan pimpinan PAS di samping menerima perkembangan terbaru PAS khususnya di kawasan ini," ujar beliau.

Majlis dimulai dengan para tetamu menikmati jamuan yang disediakan. Kemudian, ucapan pimpinan parti telah disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Rahmat Maliki, Exco Dewan Pemuda PAS Perak, Sdr. Nurhafizul Badrul Hisham.
Sdr. Nurhafizul menyampaikan ucapan.
Hj. Azhar menyampaikan ucapan.
Seterusnya, Penyelaras DUN Changkat Jong merangkap Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Hj. Mohd. Azhar Rafiei telah menyampaikan ucapan. Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran para anak perantau ke majlis tersebut. Beliau turut mengambil kesempatan kepada anak perantau bertindak segera mendaftar diri sebagai pengundi kerana pllihan raya akan berlangsung tidak lama lagi.

"Dalam suasana yang serba menekan rakyat, adakah kita sekadar mengeluh dan melihat sahaja apa yang berlaku ? Suasana tidak akan berubah. Ia hanya akan berubah jika kita tukar kerajaan. Untuk menukar kerajaan kita perlu mengundi. Jadi, saya menyeru kepada semua agar mendaftarkan diri sebagai pengundi," tambah beliau.

Majlis turut diserikan dengan nyanyian nasyid oleh sekumpulan anak perantau. Turut hadir ialah pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan, Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS Kawasan.

intanhijau2017

Rabu, 21 Jun 2017

LAGI PROGRAM KEBAJIKAN PAS KAWASAN TELUK INTAN SEMPENA RAMADAN SYAWAL

TELUK INTAN, 21 Jun - Agenda kebajikan merupakan salah satu aktviti yang sering dilaksanakan oleh PAS Kawasan Teluk Intan melalui Lujnah Kebajikan. Saban tahun program kebajikan sempena Ramadan dan Syawal diadakan menunjukkan keprihatinan PAS terhadap permasalahan rakyat.
Sumbangan di Kg. Padang Tembak.
Sehubungan itu, baru-baru ini pihak PAS Kg. Padang Tembak dan PAS Batu Tiga telah mengadakan program sumbangan kebajikan. Ia adalah kerjasama dengan Lujnah Kebajikan kawasan yang diketuai oleh Ustaz Lutfi Shamsudin.

Di Kg. Padang Tembak, sebanyak 24 orang penduduk kampung tersebut telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula dan lain-lain. Manakala di Taman Cively, seramai 12 orang penduduk sekitar turut menerima sumbangan.

Sumbangan yang diberikan adalah berupa barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula dan lain-lain.
Sumbangan di Taman Cicely.
Di Kg. Padang Tembak, sumbangan telah disampaikan oleh Penyelaras DUN Changkat Jong Hj. Mohd. Azhar Rafiei. Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Ismail Che Nik dan Ketua cawangan, Hj. Abidin Sharif. Sementara itu, di Taman Cicely, sumbangan telah disampaikan oleh pimpinan PAS cawangan. Ia merupakan sumbangan terakhir sebelum umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri.

"Semoga sumbangan yang disampaikan dapat membantu penduduk dalam persiapan raya nanti," ujar Hj. Azhar.

intanhijau 2017

AHLI DHPP HADIR MAJLIS IFTAR PAS TELUK INTAN

TELUK INTAN, 20 Jun - Setiap minggu di sepanjang bulan Ramadan, PAS Kawasan Teluk Intan menganjurkan majlis berbuka puasa. Majlis tersebut merupakan salah satu aktiviti dalam Ihya Ramadan. Majlis telah diadakan di Dewan KOMPASTI di Kg. Padang Tembak dekat sini.

Menurut Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj. Mohd. Azhar Rafiei, majlis berbuka seperti itu diadakan setiap minggu hari Selasa. Selepas berbuka, kami akan mengerjakan solat Maghrib, Isyak serta solat sunat tarawih dan witir.
Hj. Azhar bersama Sdr. Kumaresan menikmati juadah berbuka puasa.
"Majlis diakhiri dengan penyampaian tazkirah oleh penceramah jemputan. Cuma pada minggu terakhir ini, majlis berbuka puasa agak isitimewa kerana telah dihadiri ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Teluk Intan," kata beliau.
Majlis perjumpaan DHPP dengan PAS Teluk Intan.
Kehadiran pimpinan DHPP Teluk Intan adalah untuk menghadiri perjumpaan dengan PAS Kawasan Teluk Intan. Perbincangan lebih banyak kepada pengukuhan organisasi serta gerak kerja pilihan raya. Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Pilihan Raya kawasan, Hj. Farid al Jarumi. Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Ismail Che Nik dan Penyelaras DUN Changkat Jong, Hj. Mohd. Rafiei  turut menyampaikan ucapan meraikan kehadiran DHPP kawasan. 


DHPP Teluk Intan telah diketuai oleh Sdr. Kumaresan selaku Timbalan Ketua DHPP Teluk Intan serta Setiausaha dan ahli jawatankuasa.

Selepas perjumpaan, mereka semua menikmati jamuan berbuka puasa bersama-sama ahli PAS yang lain. Terjalin hubungan mesra antara kedua-dua belah pihak.

intanhijau 2017

Ahad, 18 Jun 2017

PROGRAM SUMBANGAN RAMADAN/SYAWAL PAS KAWASAN TELUK INTAN

TELUK INTAN, 18 Jun - Sempena bulan Ramadan al mubarak, PAS Kawasan Teluk Intan meneruskan usaha kebajikan dengan menganjurkan program sumbangan. Sumbangan diberikan kepada pelbagai golongan seperti anak yatim, ibu tunggal, miskin dan sebagainya.
Ustaz Lutfi menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kg. Kilang Padi.
Sumbangan di Kg. Kilang Padi.
Menurut Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Teluk Intan Ustaz Lutfi Shamsudin, program kebajikan tersebut adalah sebahagian daripada Program Madrasah PAS Kawasan Teluk Intan. Ia meliputi pelbagai lokasi di sekitar Teluk Intan yang melibatkan kerjasama dengan PAS cawangan tertentu.

"Baru-baru ini, pihak kami telah mengadakan program sumbangan di tiga tempat iaitu Kg. Kilang Padi, Batak Rabit dan Kg. Bahagia," jelas beliau.
Hj. Azhar menyampaikan sumbangan.
Sumbangan di Batak Rabit.
Sementara itu, Penyelaras DUN Changkat Jong, Hj. Mohd. Azhar Rafiei berkata, usaha kebajikan ini adalah bertepatan dengan tuntutan Islam itu sendiri iaitu memperbanyakkan sedekah dalam bulan Ramadan di mana Allah menjanjikan ganjaran pahala berlipat ganda berbanding dengan bulan-bulan biasa.
YDP PAS, Ustaz Ismail menyampaikan sumbangan kepada seorang anak yatim.
Sumbangan di Kg. Bahagia.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan sumbangan untuk program ini. Selain itu, diharapkan sumbangan yang tidak seberapa ini sekurang-kurangnya dapat membantu para penerima untuk membuat persiapan di sepanjang Ramadan serta persiapan ambang Syawal yang bakal tiba," tambah beliau.

intanhijau 2017

Sabtu, 17 Jun 2017

PROGRAM SINGGAH SAHUR PAS TELUK INTAN

TELUK INTAN, 18 Jun - Bersahur disaran kepada umat Islam sebelum mereka menjalani ibadat puasa. Ia juga mempunyai keberkatan sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Bersahurlah kalian kerana di dalam sahur itu terdapat keberkatan." Sehubungan itu, pihak Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan telah melakukan inisiatif menganjurkan Program Singgah Sahur dengan mengedarkan makanan dan minuman di sekitar Teluk Intan.

Menyampaikan makanan sahur kepada seorang anggota polis.
Menurut Pengerusi Lujnah Kebajikan, Ustaz Lutfi Shamsudin, program singgah sahur ini telah dianjurkan dalam bulan Ramadan sejak beberapa tahun lalu. Kali ini, sebanyak 80 bungkus makanan dan minuman telah diedarkan.

"Program bermula seawal pukul 1.30 pagi. Pihak kami telah mengedarkan makanan dan minuman ke jabatan dan agensi kerajaan iaitu IPD Hilir Perak, Balai Bomba Teluk Intan, Pejabat JPAM Teluk Intan dan Bahagian Kecemasan Hospital Teluk Intan.
Berbual-bual dengan salah seorang anggotam JPAM.
Menyampaikan makanan dan minuman sahur kepada wakil Bahagian Kecemasan Hospital Teluk Intan.
Singgah sahur di Balai Bomba Teluk Intan.
Menyantuni seorang pengawal keselamatan di hospital.
Memberi makanan sahur kepada seorang pekerja 7 Eleven.
Program tersebut telah diketuai oleh Penyelaras DUN Changkat Jong, Hj. Mohd. Azhar Rafiei yang iringi oleh pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan. Kehadiran rombongan singgah sahur telah menerima sambutan baik dan mereka mengucapkan terima kasih kepada pihak PAS Kawasan Teluk Intan.

Menurut Hj. Azhar, program tersebut merupakan salah satu program kebajikan pihak PAS Kawasan Teluk Intan dengan tujuan meraikan kakitangan yang bertugas pada waktu malam seperti anggota polis, anggota bomba, anggota JPAM dan kakitangan hospital. 

"Mereka bersengkang mata untuk bersedia menerima sebarang kes atau laporan kecemasan demi keamanan dan keselamatan rakyat. Maka , amat wajar pihak kami menyantuni mereka sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka," ujar beliau.

intanhijau 2017
“Bersahurlah kalian karena dalam bersahur tersebut terdapat keberkahan.”

Sumber: https://almanhaj.or.id/3310-keberkahan-makan-sahur.html
“Bersahurlah kalian karena dalam bersahur tersebut terdapat keberkahan.”

Sumber: https://almanhaj.or.id/3310-keberkahan-makan-sahur.html
“Bersahurlah kalian karena dalam bersahur tersebut terdapat keberkahan.”

Sumber: https://almanhaj.or.id/3310-keberkahan-makan-sahur.html

PROGRAM SUMBANGAN KEBAJIKAN PAS TELUK INTAN

TELUK INTAN, 17 Jun - PAS Kawasan Teluk Intan melalui Lujnah Kebajikan telah melaksanakan program sumbangan kebajikan sempena bulan Ramadan sebagai bulan kebajikan. Ia adalah atas prinsip 'Fastabaqul Khairat' iaitu berlumba-lumba melakukan kebajikan. Program kebajikan tersebut telah diadakan di beberapa buat tempat iaitu di Taman Seri Setia, Kg. Bahagia dan Kg. Sungai Kerawai.

Menurut Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS kawasan, Ustaz Lutfi Shamsudin, program kebajikan tersebut adalah kerjasama antara pihak PAS Kawasan Teluk Intan dan PAS Cawangan Seri Setia, PAS Cawangan Kg. Bahagia dan PAS Cawangan Sungai Kerawai.

"Program ini bertujuan adalah untuk membantu golongan miskin, anak yatim dan ibu tunggal dalam menjalani bulan Ramadan serta meringankan beban persiapan menghadapi Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan dalam bentuk barangan keperluan dapur," jelas beliau.

Di Taman Seri Setia, seramai 25 orang penerima yang terdiri daripada anak yatim dan golongan miskin telah menerima sumbangan sempena Aidilfitri. Penyelaras DUN Changkat Jong, Hj. Mohd. Azhar Rafiei turut hadir serta menyampaikan sumbangan. Majlis telah diadakan di kediaman Ketua PAS Cawangan Seri Setia, Hj. Mohd. Shaharudin Ramli.
Salah seorang anak yatim menerima sumbangan di Taman Seri Setia.

Di Kg. Bahagia pula, PAS Cawangan Kg. Bahagia turut menganjurkan penyampaian sumbangan sempena Ramadan dan Syawal. Seramai 61 orang yang terdiri daripada golongan miskin telah menerima sumbangan barangan keperluan harian. Sumbangan telah disampaikan oleh Hj. Mohd. Azhar Rafiei. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Cawangan Kg. Bahagia.
Sumbangan di Kg. Bahagia.

Di dalam ucapan, Hj. Azhar telah menekan bahawa PAS tidak mengesampingkan kerja-kerja kebajikan kerana ia merupakan tanggungjawab sesama Islam iaitu golongan yang mampu wajib membantu kepada orang yang memerlukan. Beliau mengucapkan tahniah kepada PAS Cawnagan Kg. Bahagia yang saban tahun menganjurkan program kebajikan sempena bulan Ramadan.

"Gunakanlah segala peluang dan ruang dalam bulan Ramadan yang berbaki beberapa hari lagi untuk meningkatkan lagi ibadat kita kepada Allah SWT," kata beliau.
Hj. Azhar menyampaikan sumbangan di Sungai Kerawai.

Manakala di Kg. Sungai Kerawai, Hj. Mohd. Azhar telah menyampaikan sumbangan kepada 20 orang penduduk kampung yang terdiri daripada golongan susah. Majlis telah diadakan di kediaman Ketua PAS Cawangan Sungai Kerawai, Hj. Jumali Sadeli.

intanhijau 2017

Selasa, 13 Jun 2017

PROGRAM EDAR BUBUR LAMBUK DI HOSPITAL TELUK INTAN

TELUK INTAN, 10 Jun -Bulan Ramadan ialah bulan kebajikan kerana pada bulan ini setiap amalan kebajikan diberikan ganjaran berlipat ganda. Sehubungan itu, PAS Kawasan Teluk Intan telah melakukan inisiatif menganjurkan aktiviti mengedar bubur lambuk di Hospital Teluk Intan baru-baru ini.

Hj. Azhar memberi bubur lambuk kepada wakil kakitangan hospital.
Program tersebut merupakan kerjasama antara PAS Kawasan Teluk Intan dengan Dewan Muslimat Kawasan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan. Aktiviti bermula dengan pembungkusan bubur lambuk yang dilakukan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan.

Kerja-kerja membungkus bubur lambuk.
Menurut Ketua Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Lutfi Shamsudin, sebanyak 327 bungkus bubur lambuk melibatkan 10 kg bubur telah berjaya disediakan hasil sumbangan orang ramai.

Program bermula jam 5.00 petang di Hospital Teluk Intan yang diketuai oleh Penyelaras DUN Changkat Jong, Hj. Mohd. Azhar Rafiei. Turut sama hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik berserta ahli-ahli rombongan yang lain.

Menurut Hj. Azhar, operasi mengedar bermula di aras tiga hospital di Wad 3 serta diikuti ke wad-wad lain. 

Ustaz Lutfi bersama rombongan membawa bubur lambuk ke wad.
"Bubur lambuk telah diedarkan ke setiap wad kepada setiap pesakit, kakitangan serta para pengunjung hospital. Alhamdulillah, kehadiran kami telah diterima dengan baik oleh warga hospital. Selain daripada bubur lambuk, pihak kami juga turut memberi air minuman dan risalah solat, " ujar beliau.

Hj. Azhar turut mengambil kesempatan beramah mesra serta menyantuni pesakit dan kakitangan hospital. Ada juga pesakit yang didoakan agar mereka diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik.


Ustaz Ismail memberi bubur lambuk kepada seorang pesakit.
Menyantuni pesakit.
Hj. Azhar berdoa agar pesakit ini diberikan kesembuhan.
Sebahagian tenaga program.
"Akhirnya pihak PAS Kawasan Teluk Intan ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Hospital Teluk Intan serta kakitangan yang memberikan kebenaran kepada pihak PAS Kawasan untuk melakukan aktviti kebajikan di sini," tambah beliau lagi.

intanhijau 2017

Sabtu, 10 Jun 2017

STREET DAKWAH RAMADAN 2017

TELUK INTAN, 10 Jun - Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan kepada umat Islam. Ia juga merupakan bulan dakwah. Oleh itu, pihak PAS Kawasan Teluk Intan menerusi Program Madrasah Ramadan 2017 telah menganjurkan aktviti Street Dakwah yang telah diadakan baru-baru ini di Dataran Menara Condong Teluk Intan.

Menurut Haji Mohd. Azhar Rafiei, Penyelaras DUN Changkat Jong, aktiviti Street Dakwah Ramadan 2017 melibatkan beberapa aktiviti seperti edaran risalah solat kepada pengunjung di sekitar Menara Condong, pasar malam dan Gerbang Malam.

"Program ini bukanlah kali pertama kami adakan kerana hampir saban tahun pihak PAS Kawasan Teluk Intan menganjurkannya, Ia disertai oleh PAS kawasan Teluk Intan bersama Dewan Pemuda, Dewan Muslimat serta pimpinan cawangan," jelas beliau.
Mengedar risalah solat kepada orang ramai.
Berbuka puasa.
Selain itu, para peserta street dakwah telah mengadakan majlis tahlil dan berbuka puasa di Dataran Menara Condong. Ia juga turut disertai para pengunjung berhampiran. Sebelum itu, satu demonstrasi mengambil wudhu menggunakan sebotol air telah diadakan. Selepas itu, mereka bersama-sama mendirikan solat Maghrib yang diimamkan oleh Hj. Azhar sendiri. Selesai solat,mereka sekali lagi mengedarkan risalah solat kepada para pengunjung.
Mengerjakan solat sunat tarawih.
 

Sebahagian daripada peserta yang terlibat.
Aktiviti dakwah tersebut diakhiri dengan solat Isyak, solat sunat tarawih dan witir secara berjemaah di kawasan tersebut.

"Kami berharap agar aktiviti seperti ini dapat memberi kesedaran dan manfaat kepada para peserta dan pengunjung khususnya tentang kepentingan penjagaan solat walau dalam apa jua suasana sekali. Aktiviti ini juga bertujuan menunjukkan betapa mudahnya melaksanakan ibadah solat terutama dari segi pengambilan wudhu dengan sebotol air," tambah beliau lagi.

intanhijau 2017

SUKAN PASTI KAWASAN TELUK INTAN 2017 MERIAH

TELUK INTAN , 17 September - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Sukan PASTI peringkat Kawasan Teluk Inta...