TELUK INTAN, 18 Jun - Sempena bulan Ramadan al mubarak, PAS Kawasan Teluk Intan meneruskan usaha kebajikan dengan menganjurkan program sumbangan. Sumbangan diberikan kepada pelbagai golongan seperti anak yatim, ibu tunggal, miskin dan sebagainya.
![]() |
Ustaz Lutfi menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kg. Kilang Padi. |
![]() |
Sumbangan di Kg. Kilang Padi. |
Menurut Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Teluk Intan Ustaz Lutfi Shamsudin, program kebajikan tersebut adalah sebahagian daripada Program Madrasah PAS Kawasan Teluk Intan. Ia meliputi pelbagai lokasi di sekitar Teluk Intan yang melibatkan kerjasama dengan PAS cawangan tertentu.
"Baru-baru ini, pihak kami telah mengadakan program sumbangan di tiga tempat iaitu Kg. Kilang Padi, Batak Rabit dan Kg. Bahagia," jelas beliau.
![]() |
Hj. Azhar menyampaikan sumbangan. |
![]() |
Sumbangan di Batak Rabit. |
Sementara itu, Penyelaras DUN Changkat Jong, Hj. Mohd. Azhar Rafiei berkata, usaha kebajikan ini adalah bertepatan dengan tuntutan Islam itu sendiri iaitu memperbanyakkan sedekah dalam bulan Ramadan di mana Allah menjanjikan ganjaran pahala berlipat ganda berbanding dengan bulan-bulan biasa.
![]() |
YDP PAS, Ustaz Ismail menyampaikan sumbangan kepada seorang anak yatim. |
![]() |
Sumbangan di Kg. Bahagia. |
"Kami mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan sumbangan untuk program ini. Selain itu, diharapkan sumbangan yang tidak seberapa ini sekurang-kurangnya dapat membantu para penerima untuk membuat persiapan di sepanjang Ramadan serta persiapan ambang Syawal yang bakal tiba," tambah beliau.
intanhijau 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan