TELUK INTAN, 10 Jun -Bulan Ramadan ialah bulan kebajikan kerana pada bulan ini setiap amalan kebajikan diberikan ganjaran berlipat ganda. Sehubungan itu, PAS Kawasan Teluk Intan telah melakukan inisiatif menganjurkan aktiviti mengedar bubur lambuk di Hospital Teluk Intan baru-baru ini.
![]() |
Hj. Azhar memberi bubur lambuk kepada wakil kakitangan hospital. |
Program tersebut merupakan kerjasama antara PAS Kawasan Teluk Intan dengan Dewan Muslimat Kawasan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan. Aktiviti bermula dengan pembungkusan bubur lambuk yang dilakukan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan.
![]() |
Kerja-kerja membungkus bubur lambuk. |
Menurut Ketua Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Lutfi Shamsudin, sebanyak 327 bungkus bubur lambuk melibatkan 10 kg bubur telah berjaya disediakan hasil sumbangan orang ramai.
Program bermula jam 5.00 petang di Hospital Teluk Intan yang diketuai oleh Penyelaras DUN Changkat Jong, Hj. Mohd. Azhar Rafiei. Turut sama hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik berserta ahli-ahli rombongan yang lain.
Menurut Hj. Azhar, operasi mengedar bermula di aras tiga hospital di Wad 3 serta diikuti ke wad-wad lain.
![]() |
Ustaz Lutfi bersama rombongan membawa bubur lambuk ke wad. |
"Bubur lambuk telah diedarkan ke setiap wad kepada setiap pesakit, kakitangan serta para pengunjung hospital. Alhamdulillah, kehadiran kami telah diterima dengan baik oleh warga hospital. Selain daripada bubur lambuk, pihak kami juga turut memberi air minuman dan risalah solat, " ujar beliau.
Hj. Azhar turut mengambil kesempatan beramah mesra serta menyantuni pesakit dan kakitangan hospital. Ada juga pesakit yang didoakan agar mereka diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik.
![]() |
Ustaz Ismail memberi bubur lambuk kepada seorang pesakit. |
![]() |
Menyantuni pesakit. |
![]() |
Hj. Azhar berdoa agar pesakit ini diberikan kesembuhan. |
![]() |
Sebahagian tenaga program. |
"Akhirnya pihak PAS Kawasan Teluk Intan ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Hospital Teluk Intan serta kakitangan yang memberikan kebenaran kepada pihak PAS Kawasan untuk melakukan aktviti kebajikan di sini," tambah beliau lagi.
intanhijau 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan