TELUK INTAN, 1 Jun - Sempena menyambut bulan Ramadan yang penuh berkat, umat Islam digalakkan bersedekah yang mana ganjaran pahalanya berganda berbanding dengan bulan biasa. Sehubungan dengan itu, pihak PAS Cawangan Batu Tiga Cicely telah melakukan inisatif mengedarkan bubur lambuk percuma kepada orang ramai. Lokasi pengedaran bubur lambuk telah diadakan di perkarangan Stesen Minyak Petronas Cicely dekat sini.
![]() |
Hj. Azhar memberi bubur lambuk. |
Menurut Ketua Cawangannya, Rahmat Maliki, sebanyak 250 bungkus bubur lambuk telah berjaya diedarkan kepada orang ramai. Selain itu, pihak kami juga mengedarkan jadual berbuka puasa.
Turut hadir ialah Penyelaras DUN PAS Kawasan Teluk Intan, Hj. Mohd. Azhar Rafiei. Beliau turut bersama-sama mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai sambil beramah mesra.
"Usaha PAS Cawangan Batu Tiga Cicely mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai merupakan satu usaha yang murni dan bersifat kebajikan sesuai dengan bulan Ramadan kita digalakkan bersedekah seperti makanan, minuman dan sebagainya," ujar Hj. Azhar.
intanhijau2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan