Sabtu, 17 Jun 2017

PROGRAM SUMBANGAN KEBAJIKAN PAS TELUK INTAN

TELUK INTAN, 17 Jun - PAS Kawasan Teluk Intan melalui Lujnah Kebajikan telah melaksanakan program sumbangan kebajikan sempena bulan Ramadan sebagai bulan kebajikan. Ia adalah atas prinsip 'Fastabaqul Khairat' iaitu berlumba-lumba melakukan kebajikan. Program kebajikan tersebut telah diadakan di beberapa buat tempat iaitu di Taman Seri Setia, Kg. Bahagia dan Kg. Sungai Kerawai.

Menurut Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS kawasan, Ustaz Lutfi Shamsudin, program kebajikan tersebut adalah kerjasama antara pihak PAS Kawasan Teluk Intan dan PAS Cawangan Seri Setia, PAS Cawangan Kg. Bahagia dan PAS Cawangan Sungai Kerawai.

"Program ini bertujuan adalah untuk membantu golongan miskin, anak yatim dan ibu tunggal dalam menjalani bulan Ramadan serta meringankan beban persiapan menghadapi Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan dalam bentuk barangan keperluan dapur," jelas beliau.

Di Taman Seri Setia, seramai 25 orang penerima yang terdiri daripada anak yatim dan golongan miskin telah menerima sumbangan sempena Aidilfitri. Penyelaras DUN Changkat Jong, Hj. Mohd. Azhar Rafiei turut hadir serta menyampaikan sumbangan. Majlis telah diadakan di kediaman Ketua PAS Cawangan Seri Setia, Hj. Mohd. Shaharudin Ramli.
Salah seorang anak yatim menerima sumbangan di Taman Seri Setia.

Di Kg. Bahagia pula, PAS Cawangan Kg. Bahagia turut menganjurkan penyampaian sumbangan sempena Ramadan dan Syawal. Seramai 61 orang yang terdiri daripada golongan miskin telah menerima sumbangan barangan keperluan harian. Sumbangan telah disampaikan oleh Hj. Mohd. Azhar Rafiei. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Cawangan Kg. Bahagia.
Sumbangan di Kg. Bahagia.

Di dalam ucapan, Hj. Azhar telah menekan bahawa PAS tidak mengesampingkan kerja-kerja kebajikan kerana ia merupakan tanggungjawab sesama Islam iaitu golongan yang mampu wajib membantu kepada orang yang memerlukan. Beliau mengucapkan tahniah kepada PAS Cawnagan Kg. Bahagia yang saban tahun menganjurkan program kebajikan sempena bulan Ramadan.

"Gunakanlah segala peluang dan ruang dalam bulan Ramadan yang berbaki beberapa hari lagi untuk meningkatkan lagi ibadat kita kepada Allah SWT," kata beliau.
Hj. Azhar menyampaikan sumbangan di Sungai Kerawai.

Manakala di Kg. Sungai Kerawai, Hj. Mohd. Azhar telah menyampaikan sumbangan kepada 20 orang penduduk kampung yang terdiri daripada golongan susah. Majlis telah diadakan di kediaman Ketua PAS Cawangan Sungai Kerawai, Hj. Jumali Sadeli.

intanhijau 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUKAN PASTI KAWASAN TELUK INTAN 2017 MERIAH

TELUK INTAN , 17 September - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Sukan PASTI peringkat Kawasan Teluk Inta...