TELUK INTAN, 18 Jun - Bersahur disaran kepada umat Islam sebelum mereka menjalani ibadat puasa. Ia juga mempunyai keberkatan sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Bersahurlah kalian kerana di dalam sahur itu terdapat keberkatan." Sehubungan itu, pihak Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan telah melakukan inisiatif menganjurkan Program Singgah Sahur dengan mengedarkan makanan dan minuman di sekitar Teluk Intan.
![]() |
Menyampaikan makanan sahur kepada seorang anggota polis. |
Menurut Pengerusi Lujnah Kebajikan, Ustaz Lutfi Shamsudin, program singgah sahur ini telah dianjurkan dalam bulan Ramadan sejak beberapa tahun lalu. Kali ini, sebanyak 80 bungkus makanan dan minuman telah diedarkan.
"Program bermula seawal pukul 1.30 pagi. Pihak kami telah mengedarkan makanan dan minuman ke jabatan dan agensi kerajaan iaitu IPD Hilir Perak, Balai Bomba Teluk Intan, Pejabat JPAM Teluk Intan dan Bahagian Kecemasan Hospital Teluk Intan.
![]() |
Berbual-bual dengan salah seorang anggotam JPAM. |
![]() |
Menyampaikan makanan dan minuman sahur kepada wakil Bahagian Kecemasan Hospital Teluk Intan. |
![]() |
Singgah sahur di Balai Bomba Teluk Intan. |
![]() |
Menyantuni seorang pengawal keselamatan di hospital. |
![]() |
Memberi makanan sahur kepada seorang pekerja 7 Eleven. |
Program tersebut telah diketuai oleh Penyelaras DUN Changkat Jong, Hj. Mohd. Azhar Rafiei yang iringi oleh pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan. Kehadiran rombongan singgah sahur telah menerima sambutan baik dan mereka mengucapkan terima kasih kepada pihak PAS Kawasan Teluk Intan.
Menurut Hj. Azhar, program tersebut merupakan salah satu program kebajikan pihak PAS Kawasan Teluk Intan dengan tujuan meraikan kakitangan yang bertugas pada waktu malam seperti anggota polis, anggota bomba, anggota JPAM dan kakitangan hospital.
"Mereka bersengkang mata untuk bersedia menerima sebarang kes atau laporan kecemasan demi keamanan dan keselamatan rakyat. Maka , amat wajar pihak kami menyantuni mereka sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka," ujar beliau.
intanhijau 2017
“Bersahurlah kalian karena dalam bersahur tersebut terdapat keberkahan.”
Sumber: https://almanhaj.or.id/3310-keberkahan-makan-sahur.html

Tiada ulasan:
Catat Ulasan