TELUK INTAN, 20 Jun - Setiap minggu di sepanjang bulan Ramadan, PAS Kawasan Teluk Intan menganjurkan majlis berbuka puasa. Majlis tersebut merupakan salah satu aktiviti dalam Ihya Ramadan. Majlis telah diadakan di Dewan KOMPASTI di Kg. Padang Tembak dekat sini.
Menurut Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj. Mohd. Azhar Rafiei, majlis berbuka seperti itu diadakan setiap minggu hari Selasa. Selepas berbuka, kami akan mengerjakan solat Maghrib, Isyak serta solat sunat tarawih dan witir.
![]() |
Hj. Azhar bersama Sdr. Kumaresan menikmati juadah berbuka puasa. |
"Majlis diakhiri dengan penyampaian tazkirah oleh penceramah jemputan. Cuma pada minggu terakhir ini, majlis berbuka puasa agak isitimewa kerana telah dihadiri ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Teluk Intan," kata beliau.
![]() |
Majlis perjumpaan DHPP dengan PAS Teluk Intan. |
Kehadiran pimpinan DHPP Teluk Intan adalah untuk menghadiri perjumpaan dengan PAS Kawasan Teluk Intan. Perbincangan lebih banyak kepada pengukuhan organisasi serta gerak kerja pilihan raya. Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Pilihan Raya kawasan, Hj. Farid al Jarumi. Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Ismail Che Nik dan Penyelaras DUN Changkat Jong, Hj. Mohd. Rafiei turut menyampaikan ucapan meraikan kehadiran DHPP kawasan.
DHPP Teluk Intan telah diketuai oleh Sdr. Kumaresan selaku Timbalan Ketua DHPP Teluk Intan serta Setiausaha dan ahli jawatankuasa.
Selepas perjumpaan, mereka semua menikmati jamuan berbuka puasa bersama-sama ahli PAS yang lain. Terjalin hubungan mesra antara kedua-dua belah pihak.
intanhijau 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan