TELUK INTAN, 10 Jun - Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan kepada umat Islam. Ia juga merupakan bulan dakwah. Oleh itu, pihak PAS Kawasan Teluk Intan menerusi Program Madrasah Ramadan 2017 telah menganjurkan aktviti Street Dakwah yang telah diadakan baru-baru ini di Dataran Menara Condong Teluk Intan.
Menurut Haji Mohd. Azhar Rafiei, Penyelaras DUN Changkat Jong, aktiviti Street Dakwah Ramadan 2017 melibatkan beberapa aktiviti seperti edaran risalah solat kepada pengunjung di sekitar Menara Condong, pasar malam dan Gerbang Malam.
"Program ini bukanlah kali pertama kami adakan kerana hampir saban tahun pihak PAS Kawasan Teluk Intan menganjurkannya, Ia disertai oleh PAS kawasan Teluk Intan bersama Dewan Pemuda, Dewan Muslimat serta pimpinan cawangan," jelas beliau.
![]() |
Mengedar risalah solat kepada orang ramai. |
![]() |
Berbuka puasa. |
Selain itu, para peserta street dakwah telah mengadakan majlis tahlil dan berbuka puasa di Dataran Menara Condong. Ia juga turut disertai para pengunjung berhampiran. Sebelum itu, satu demonstrasi mengambil wudhu menggunakan sebotol air telah diadakan. Selepas itu, mereka bersama-sama mendirikan solat Maghrib yang diimamkan oleh Hj. Azhar sendiri. Selesai solat,mereka sekali lagi mengedarkan risalah solat kepada para pengunjung.
![]() |
Mengerjakan solat sunat tarawih. |
![]() |
Sebahagian daripada peserta yang terlibat. |
Aktiviti dakwah tersebut diakhiri dengan solat Isyak, solat sunat tarawih dan witir secara berjemaah di kawasan tersebut.
"Kami berharap agar aktiviti seperti ini dapat memberi kesedaran dan manfaat kepada para peserta dan pengunjung khususnya tentang kepentingan penjagaan solat walau dalam apa jua suasana sekali. Aktiviti ini juga bertujuan menunjukkan betapa mudahnya melaksanakan ibadah solat terutama dari segi pengambilan wudhu dengan sebotol air," tambah beliau lagi.
intanhijau 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan